MESKIPUN mencatat keputusan yang kurang menyakinkan dan hanya mampu seri 0-0 dengan Sunderland di dalam perlawanan liga kelmarin, pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson tetap tenang dan tidak mudah cepat melatah.

Malahan Ferguson tetap berpuas hati dengan aksi anak buahnya serta menganggap nasib hanya tidak menyebelahi mereka pada perlawanan semalam.

“Kredit perlu diberikan kepada para pemain saya kerana rekod Sunderland di gelanggang sendiri sangat baik dan kami berjaya mengelak daripada tewas.

“Saya tetap berpuas hati dengan keputusan seri kerana saingan dalam Liga Perdana Inggeris bukan semudah yang disangka,” kata Ferguson.

United yang baru sahaja pulang daripada saingan Liga Juara-Juara menentang Valencia tampak tempang tanpa kehadiran beberapa pemain utama mereka seperti Ryan Giggs dan Wayne Rooney yang tercedera.

Disamping itu juga, untuk rekod Ferguson tidak pernah tewas dalam mana-mana pertemuan dengan skuad yang dibimbing oleh Steve Bruce hampir sedekad.

Leave a Reply