CHELSEA memberi perkhabaran buruk buat peminat Manchester United apabila merakam kemenangan penting Liga Perdana Inggeris malam ini selepas menewaskan musuh ketat dan penghalang utama kejuaraan liga, Liverpool 2-0 di Anfield.
Dua gol pada setiap babak menerusi Didier Drogba minit ke-33 dan Frank Lampard minit ke-54 memastikan skuad The Blues kukuh memimpin carta liga dengan kelebihan empat mata ke atas pesaing terdekatnya, Manchester United.
Ini bermakna Manchester United menghadapi misi wajib menang dalam aksi menentang Sunderland di tempat lawan, kira-kira jam 11 malam ini.
Jika tewas, bermakna anak buah Alex Ferguson secara automatik bakal menyerahkan mahkota kejuaraan yang mereka menangi selama tiga musim berturut-turut.
Bagaimanapun jika United mampu mengatasi Sunderland, Chelsea masih kekal di tangga teratas dan kejuaraan EPL bakal ditentukan pada perlawanan terakhir 9 Mei nanti (Ahad).
[...] UPDATE: Perlawanan tamat. Chelsea menang 2-0 ke atas Liverpool di Anfield. Tekanan kini kembali terarah ke atas Manchester United yang wajib menang dalam perlawanan menentang Sunderland di tempat lawan jam 11 malam nanti. Jika Manchester United tewas perlawanan ini, gelaran liga secara automatik menjadi milik Chelsea. LAPORAN PENUH PERLAWANAN LIVERPOOL-CHELSEA [...]