CHELSEA nyaris dimalukan Fulham dalam aksi di Stamford Bridge, namun berjaya bangkit untuk menang 2-1 hasil jaringan pada lewat perlawanan menerusi penyerang Ivory Coast serta jaringan sendiri pemain lawan.
Selepas ketinggalan menerusi jaringan Zoltan Gera pada minit ke-4, Chelsea bangkit menerusi tandukan Didier Drogba pada minit ke-73 sebelum Chris Smalling menolak ke gawang sendiri dua minit selepas itu.
Kemenangan itu membolehkan Chelsea terus unggul di persada liga dengan 45 mata, mendahului lima mata ke atas juara bertahan, Manchester United yang hanya akan beraksi awal pagi Khamis nanti.