PAHANG mara ke separuh akhir Piala FA 2011 selepas mengikat Kuala Lumpur 0-0 di Stadium Darul Makmur malam ini.
Pasukan bimbingan Dollah Salleh itu mara menerusi agregat 2-1 selepas menang perlawanan pertama yang turut berlangsung di Stadium Darul Makmur.
Keputusan itu nyata mengecewakan jurulatih Kuala Lumpur, Razip Ismail yang menaruh keyakinan sebelum perlawanan pasukannya mampu mengubah keputusan malam ini.
Sementara itu bagi jurulatih Pahang, Dollah Salleh pula nyata kurang berpuas hati dengan prestasi anak buahnya apabila gagal merobek gawang lawan walaupun mempunyai beberapa peluang terbaik.
Menanti Pahang di separuh akhir nanti ialah pemenang perlawanan antara Perak dan Terengganu yang akan beraksi malam esok. Perak menang perlawanan pertama 3-2 di Ipoh.
Sementara itu, enam lagi pasukan akan berentap malam esok bagi merebut baki tiga slot ke separuh akhir.
Felda United akan menjadi tuan rumah kepada Kelantan di Kota Bharu selepas mengikat juara Piala Malaysia 2010 itu 2-2 dalam aksi pertama, Selasa lepas.
Selangor pula membawa bekalan selesa menentang Johor di Johor Bahru manakala Terengganu berdepan Perak di Kuala Terengganu.
Related posts
- T-Team kecewakan Perak
- Piala FA: Pahang, Sime Darby terikat tanpa jaringan
- Video Pahang 3-2 T-Team [Piala Malaysia 2012]
- Mental kuat kunci kejayaan JDT
- Peluang Pahang belum tertutup
- Video Johor Darul Takzim 1-0 Pahang [Piala FA 2013]
- Terengganu hormati Pahang
- ATM tewaskan Pahang 3-2, rampas takhta Liga Perdana
- Video Johor 2-0 Pahang [Liga Perdana 2012]
- Jadual Separuh Akhir Piala Emas Raja-Raja 2012
Main topics: Piala FA
Sub topics: Kuala Lumpur, Pahang, Piala FA 2011, Suku Akhir