Monday, 15/04/2013


Elak dabik dada, fokus hadapi Johor FC

Published on October 18, 2010 by   ·   No Comments

PEMAIN Negeri Sembilan diingatkan tidak terlalu cepat mendabik dada berikutan kejayaan besar menewaskan Perlis pada peringkat suku akhir Piala Malaysia dengan agregat 4-1 kelmarin, kerana perjuangan mempertahankan kejuaraan makin berliku.

Jurulatih Wan Jamak Wan Wan Hassan yang gembira dengan prestasi cemerlang anak buahnya, pantas mengingatkan pemain terus memberikan fokus kepada pencabar baru Johor FC pada separuh akhir pertama, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Rabu ini.

Katanya, kejayaan membenam Perlis tidak sepatutnya melekakan pemain kerana misi sebenar masih belum dicapai, malah laluan dijangka lebih sukar berikutan kebangkitan pasukan kelab selatan tanah air itu.

“Cabaran menentang Johor FC bukan boleh dianggap mudah kerana kebangkitan pasukan kelab ini harus diberikan perhatian. Kemenangan ke atas Perlis harus menyuntik semangat lebih tinggi.

“Saya berharap pemain dapat membuktikan kemampuan dan tidak mensia-siakan peluang selepas ini,” katanya selepas melihat Abd Halim Zainal dan Shukor Adan memastikan juara bertahan dan juara Piala FA itu terus melangkah dengan agregat 4-1.

Wan Jamak mengakui, perubahan taktikal dengan menurunkan gandingan Shahurain Abu Samah dan Idris Karim memberi impak positif, selain keberkesanan setiap posisi yang menyumbang kepada kemenangan.
Namun Idris yang menerima dua kad kuning, tidak dapat diturunkan Rabu ini dan Wan Jamak sedang meneliti bakal pengganti untuk menggerakkan bahagian tengah dan depan.

“Kami tidak mempunyai ramai pilihan selepas ketiadaan Mohd Zaquan Adha (Abd Radzak) tetapi yang pasti, hanya pemain yang terbaik akan diturunkan untuk berdepan Johor FC.

Berita Harian

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News