Harga tiket biasa RM30, tempat duduk utama RM50
PERTEMUAN final Piala Malaysia 2010 antara dua finalis musim lalu, Negeri Sembilan dan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 30 Oktober ini menyaksikan harga tiket dinaikkan RM10 daripada harga biasa RM20.
Kenaikan itu menjadikan harga tiket perlawanan akhir berkenaan ialah sebanyak RM30 bagi tempat duduk biasa manakala tempat duduk utama FAM menetapkan harga sebanyak RM50. Bagi kanak-kanak pula tiket berharga RM5.
Mungkinkah FAM menyedari aksi final Piala Malaysia 2010 bakal menarik puluhan ribu penyokong menyaksikan perlawanan berkenaan kerana ia melibatkan pasukan Kelantan yang telah terbukti sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan mereka sama di gelanggang sendiri atau gelanggang lawan.
Hanya FAM yang boleh menjawabnya.
Tags: Final 2010, Kelantan vs Negeri Sembilan, Piala Malaysia 2010
Tak reti..lagi.. kalau kelantan aje tiket mahl..boikot jgn pergi semua..tk pikir ker..tgk live aje..dah lah perjalanan jauh..mahallllllllll
HOBIN KELANTAN HOBIN
tiket mahal sebab senang nnti nak biayai kerosakan yg akan berlaku di stadium..paham2 jelah…
FAM DAN BARISAN KEPIMPINAN BODOH DAN SETAN…PRESIDEN FAM BODOH…NAK NAIK TIKET BOLEH, TP BIAR LA ADER GARIS PANDUAN.BUKAN MCM KEDAI KOPI NAK TURUN NAIK IKUT SUKA..IKUT LAW LAH…SET TERUS TAHUN 2010 NI BRAPA2…MANER BOLEH TIBA2 NAIK HARGA…FAM OKEY, ORG2 KAT FAM TU JE BODOH MCM LEMBU…