DI SEBALIK bantahan terhadap kenaikan harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2010, ia sedikit pun tidak menjejaskan para peminat daripada membelinya sejak ia mula dijual semalam dan hari ini.
Bahkan dilaporkan semua kuota tiket yang dijual di kaunter tiket di kedua-dua lokasi di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu dan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sudah pun habis (besar kemungkinan dibolot ulat tiket).
Peminat yang terlepas mendapatkan tiket sama ada di Paroi atau di Kota Bharu masih boleh membelinya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari perlawanan (30 Oktober).
Di KOTA BHARU, peminat yang berang tindakan KAFA menjual tiket perlawanan akhir dengan harga pakej sebanyak RM40 semalam sehingga memaksa jualan dibatalkan akhirnya lega apabila mereka dapat membelinya dengan harga asal RM30 pagi tadi.
Semalam KAFA menetapkan jualan tiket sebanyak 10 ribu keping dengan harga RM30, 10 ribu keping dengan harga RM40 (dipakej dengan cenderamata) serta 10 ribu keping lagi diperuntuk untuk kelab-kelab penyokong serta rombongan.
Final Piala Malaysia 2010 mempertemukan sekali lagi dua finalis musim lalu, Negeri Sembilan dan Kelantan dan dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 8.50 malam.
Negeri Sembilan mara ke final selepas menewaskan Johor FC dengan agregat 2-1 manakala Kelantan mara selepas menyekat pasukan Kedah menerusi agregat 1-0.
Bagi peminat yang tidak hadir ke stadium masih boleh menyaksikan perlawanan berkenaan di televisyen menerusi TV1 atau Saluran 801 Astro (Astro Arena) mulai jam 8.30 malam.
Tags: Final 2010, Kelantan vs Negeri Sembilan, Piala Malaysia 2010, Tiket
askum sayan nak tengok perlawanan negeri sembilan lawan kelantam saya sekarang dekat luar negara boleh tak saya tengok negeri sembilan lawan kelantan dekat you tube saya rasa negeri sembilan menang saya harap zaquan adha dan shukor adan scored pada 30 bulan negeri sembilan boleh
bermain bola dengan semangat kesukanan. respek penyokong kelantan yang telah mencetuskan fenomena bolasepak tanahair sejak sekian lama. kalau bukan kita siapa lagi….