Sunday, 14/04/2013


Terengganu terus beri tekanan kepada Selangor

Published on January 31, 2010 by   ·   No Comments

TERENGGANU terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Selangor selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, dalam aksi Liga Super malam ini.

Selangor yang sekadar seri 1-1 dengan Perlis dalam aksi di Stadium Utama, Kangar kini hanya mendahului dengan kelebihan dua mata ke atas Terengganu.

Terengganu ternyata memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila membuka jaringan seawal minit kedua perlawanan menerusi tendangan percuma Zairol Anuar Zailani.

Bagaimanapun tuan rumah terpaksa menunggu hingga ke minit akhir perlawanan sebelum mampu menambah satu lagi gol menerusi Ashaari Shamsuddin.

Terengganu masih kekal di tangga kedua Liga Super di belakang Selangor dengan 14 mata berbanding Selangor 16 mata.

Tags: ,

Readers Comments (0)




Latest News