Wednesday, 16/07/2014


Johor mangsa amukan Red Giants

Published on January 27, 2010 by   ·   No Comments

SELANGOR bingkas melupakan kekalahan sulung di tangan Terengganu Sabtu lepas apabila bangkit membelasah Johor 6-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kekalahan memalukan kepada skuad Penyu itu nyata membakar semangat anak buah K Devan itu untuk tidak menaruh simpati kepada pasukan pelawat yang masih belum mencatat walau satu kemenangan pun dalam saingan liga setakat ini.

Tuan rumah membuka jaringan seawal minit kelima permainan melalui Mohd Amirulhadi Zainal sebelum Mohd Safee Sali meledak dengan dua gol pada minit ke-31 dan 42.

Nafsu Selangor untuk memburu gol tidak terhenti setelah mendahului 3-0 pada babak pertama, apabila pemain pertahanan Mohd Razman Roslan menjaringkan gol keempat selepas tujuh minit babak kedua bersambung..

Mohd Amirulhadi sekali meledak gol pada minit ke-84 sebelum sepakan percuma Safiq Rahim menerjah gawang empat minit kemudian untuk keputusan penuh 6-0, sekaligus membolehkan Selangor kekal di tangga teratas Liga Super dengan 15 mata.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News