HASRAT Villareal untuk kembali merampas tangga teratas Carta Liga Sepanyol gagal apabila diikat 2-2 oleh Hercules dalam aksi tunggal yang berlangsung awal pagi tadi.
Semalam Real Madrid merampas kedudukan teratas liga daripada Villareal selepas membelasah Malaga 4-1 menerusi sentuhan Ronaldo dan Gonzalo Higuain.
Keputusan seri dengan Hercules membolehkan Villareal berada di tangga kedua dengan perbezaan satu mata di belakang Real Madrid.
Beraksi di gelanggang lawan, Villareal ketinggalan 0-1 pada minit ke-26 menerusi jaringan Nelson Haedo Valdez sebelum bangkit menyamakan kedudukan tiga minit kemudian hasil sentuhan Joan Capdevila.
Villareal sekali lagi berada di belakang apabila bekas penyerang Juventus dari Perancis, David Trezeguet menjaringkan gol pada minit ke-40.
Usaha keras pasukan pelawat untuk mencari gol penyamaan berhasil menerusi jaringan Borja Valero minit ke-63.
Related posts
coded by nessusMain topics: Liga Sepanyol
Sub topics: Hercules, La Liga 2010/2011, Liga Sepanyol, Villareal