BUAT kali kedua berturut-turut, Chelsea mencatat kemenangan besar 6-0 di tempat lawan, kali ini Wigan menjadi mangsa belasahan selepas West Bromwich turut mengalami nasib sama ketika berdepan anak buah Carlo Ancelotti minggu lalu.

Sekalipun tidak menjaringkan gol namun bintang Ivory Coast yang melakar hatrik dalam perlawanan menentang West Bromwich, Didier Drogba muncul arkitek penting bagi kemenangan bergaya The Blues awal pagi tadi.

Pada babak pertama Chelsea sekadar mendahului 1-0 dengan jaringan tunggal Florent Malouda.

Namun memasuki babak kedua, Chelsea semakin garang dengan menambah lima lagi gol masing-masing dua menerusi pemain kontroversi Perancis, Nicolas Anelka dan penyerang Ivory Coast, Salomon Kalou.

Satu lagi gol Chelsea dijaringkan oleh Yossi Benayoun pada minit akhir perlawanan.

Secara keseluruhannya, Chelsea sudah menjaringkan 12 gol ketika saingan EPL baru berlangsung dua perlawanan atau 29 gol dalam lima aksi terakhir Liga Perdana Inggeris, termasuk kemenangan 8-0 ke atas lawan sama akhir musim lalu untuk merangkul gelaran EPL.

Leave a Reply