FLORENT Malouda menebus kegagalan Frank Lampard menyempurnakan tendangan penalti bagi membolehkan Chelsea mendahului Stoke City 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, malam ini.
Malouda tenang menyumbat masuk hantaran daripada ketua pasukan, John Terry untuk gol pembukaan Chelsea pada minit ke-32.
Sebelum itu tendangan penalti Frank Lampard pada minit ke-11 berjaya diselamatkan penjaga gol Stoke City, Thomas Sorensen.
Sementara itu dalam perlawanan lebih awal, Arsenal menewaskan tuan rumah, Blackburn 2-1. Gol-gol Arsenal dijaringkan oleh Theo Walcott dan Andrei Arshavin manakala gol sagu hati Blackburn diperoleh menerusi jaringan Mame Biram Diouf.
Lain-lain keputusan separuh masa pertama:
-
- Blackpool 0-1 Fulham
- Chelsea 1-0 Stoke City
- Tottenham 0-0 Wigan
- Wolverhampton 1-0 Newcastle