KESILAPAN penjaga gol Liverpool, Pepe Reina pada minit akhir perlawanan membolehkan Arsenal membawa pulang satu mata berharga selepas mengikat The Reds 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, sebentar tadi.

Pasukan tuan rumah memulakan aksi selepas rehat dengan 10 pemain apabila bekas pemain sayap Chelsea, Joe Cole dilayang kad merah di hujung babak pertama akibat terjahan ke atas Laurent Koscielny yang turut dilayang kad merah di hujung perlawanan kerana mengutip dua kad kuning.

Sekalipun beraksi dengan 10 pemain, Liverpool masih mampu mendahului pasukan pelawat 1-0 menerusi rembatan menarik David N’Gog dari sebelah kanan kotak penalti pada minit ke-46.

The Reds bagaimanapun terpaksa berputih mata apabila kegagalan Reina menangkap bola dengan kemas menyebabkan bola melantun masuk ke gawang sendiri pada minit ke-90 sekaligus membolehkan anak buah Arsene Wenger mencuri satu mata.

Leave a Reply