THEO Walcott menjaringkan dua gol pada minit ke-13 dan 39 bagi membolehkan Arsenal mendahului 10 pemain Blackpool 3-0 pada babak pertama dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates malam ini.

Selepas memalukan Wigan 4-0 dalam perlawanan sulung minggu lalu, Blackpool jelas bukan tandingan skuad Arsene Wenger. Layangan kad merah ke atas Ian Evatt pada minit ke-30 memburukkan lagi keadaan buat pasukan pelawat apabila pengadil memberikan sepakan penalti kepada Arsenal yang disempurnakan Andrei Arshavin.

Ulang tayang menunjukkan insiden berlaku di luar kotak penalti dan Evatt dilihat cuba memenangi bola. Namun keputusan pengadil adalah muktamad.

Dalam perlawanan lain, Everton mendahului Wolverhampton 1-0 di Goodison Park hasil jaringan Tim Cahill (m-43).

Tottenham Hotspurs pula mendahului Stoke City 2-1 di tempat lawan. Kedua-dua gol Spurs dijaringkan oleh Gareth Bale (m-19 dan 30). Ricardo Fuller menjaringkan gol buat Stoke City pada minit ke-25.

Leave a Reply