Kelayakan Piala Asia 2011: UAE tewaskan Malaysia 1-0

MALAYSIA menamatkan aksi kelayakan Piala Asia 2011 tanpa sebarang mata selepas tewas tipis 0-1 di tangan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi terakhir kumpulan C di Stadium Al-Shabab Dubai.

Kekalahan terbaru itu menyaksikan Malaysia tewas kesemua empat perlawanan kelayakan dengan menjaringkan dua gol dan melepaskan 12 gol.

Dalam perlawanan pertama menentang UAE di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, pada 21 Januari tahun lalu, Malaysia tewas 0-5.

Dalam aksi kedua menentang Uzbekistan pula Malaysia tewas 1-3. Malaysia sekali lagi dengan keputusan serupa dengan lawan yang sama dalam perlawanan ketiga menentang Uzbekistan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 18 November lalu.

Aksi lain menyaksikan Jepun mengesahkan tempat ke Piala Asia 2011 selepas berjaya bangkit dari ketinggalan dua gol untuk menewaskan tuan rumah, Yaman 3-2 di Stadium Ali Mohsen Al Muraisi di Sana’a.

Jepun harus berterima kasih kepada Sota Hirayama yang menyumbat jaringan hatrik dalam perlawanan berkenaan termasuk jaringan kemenangan, 11 minit sebelum perlawanan berakhir.

This entry was posted on Monday, January 18th, 2010 and is filed under Malaysia. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed.

Leave a Reply

Sponsors

Menu

Arkib Harian

February 2010
M T W T F S S
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Tinjauan Pendapat

Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Yang Anda Paling Minati?

View Results

 Loading ...

Info Terkini

Komentar

    None Found