Liga Perdana Matchday #1 2010
LIMA perlawanan berlangsung pada hari pembukaan saingan Liga Perdana 2010.
ATM 1 HARIMAU MUDA 1
Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, jaringan lewat permainan Mohd Khairul Izuan Rosli mengelakkan juara bertahan, Harimau Muda daripada membuka tirai saingan Liga Perdana dengan langkah sumbang apabila mengikat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1-1.
Kekalahan sudah pun terbayang buat skuad bawah 19 tahun kebangsaan itu apabila ketinggalan 1-0 ketika permainan berbaki empat minit.
Namun, Khairul Izuan memanfaatkan keadaan kelam kabut di depan pintu gol lawan untuk menjaringkan gol penyamaan yang cukup berharga. Terdahulu, ATM mendahului perlawanan menerusi jaringan V Saravanan pada minit ke-78 selepas babak pertama berkesudahan 0-0.
USM FC 1 POS MALAYSIA 0
Di Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang, pertemuan dua pasukan baru Liga Perdana menyaksikan USM FC bermula baik apabila menumpaskan Pos Malaysia 1-0. Gol tunggal perlawanan dijaringkan Mohamad Baser Mahamad Nape, enam minit sebelum tamat perlawanan.
MELAKA 3 SHAHZAN MUDA 0
Di Stadium Hang Tuah, Melaka membenam Shahzan Muda 3-0 untuk muncul pendahulu awal Liga Perdana.
Penyerang Zulindra Shah Putra Adam menjaringkan dua gol, meledakkan gol pertama pada minit ke-35 dan jaringan kedua peribadinya, enam minit sebelum tamat perlawanan.
K Depan Sakwati menjaringkan gol kedua Melaka pada minit ke-77.
MP MUAR 0 SELANGOR PKNS 2
SABAH 0 FELDA UNITED 0
SARAWAK 0 PDRM 0
Majlis Perbandaran Muar (MPM) gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di tempat sendiri apabila tumpas 0-2 kepada Selangor PKNS di Stadium Tan Sri Hassan Yunus.
Perlawanan di antara Sabah menentang Felda United pula berkesudahan seri tanpa jaringan di Stadium Likas, manakala Sarawak diikat 0-0 oleh Polis di Stadium Sarawak, Kuching.
Leave a Reply