Liga Super Matchday #1 2010

SEBANYAK tujuh perlawanan Liga Super dilangsungkan pada perlawanan pembuka tirai musim 2010 dengan tumpuan terarah kepada aksi juara Liga Super 2009, Selangor menentang juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan bagi merebut trofi Sumbangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

NEGERI SEMBILAN 1 SELANGOR 2

Kelebihan bermain di gelanggang sendiri gagal dimanfaatkan oleh skuad Rusa, biarpun terlebih dahulu mendahului saingan menerusi Idris Karim pada minit ke-27 selepas menyudahkan hantaran Rezal Zambry.

Pemain gantian, R Surendren muncul wira Selangor apabila menjaringkan gol kemenangan ketika permainan berbaki tujuh minit untuk ditamatkan.

Terdahulu, Mohd Safee Sali menjaringkan gol penyamaan Selangor pada minit ke-76 selepas menolak hantaran D Surendran.

Ini merupakan kejuaraan Piala Sumbangsih kelapan buat skuad Merah Kuning sejak ia diperkenalkan kali pertama pada 1985, sekali gus menjadi pembuka tirai Liga Super 2010 paling sempurna.

PERLIS 0 JOHOR FC 1

Naib juara Liga Super musim lalu, Perlis membuka tirai 2010 dengan langkah sumbang apabila kalah 0-1 kepada Johor FC di depan penyokong sendiri di Stadium Utama, Kangar.

Mohd Riduwan Ma’on menjadi pemusnah pasukan tuan rumah apabila menjaringkan gol tunggal kemenangan pada minit ke-61.

PAHANG 2 PERAK 1

Di Stadium Darulmakmur, Pahang yang mengharungi aksi hambar musim lalu memulakan kempen dengan baik apabila menumpaskan Perak 2-1.

Bagaimanapun tuan rumah terlebih dulu dikejutkan oleh jaringan pembukaan pasukan pelawat menerusi Mohd Nazril Mohd Kamal yang menyempurnakan penalti pada minit ke-22 selepas Mohd Fadzirul Zakaria dijatuhkan oleh Mohd Khalis Ibrahim.

Mohd Sharizat Mohd Salleh mengetuai kebangkitan Pahang apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-31 menerusi sepakan percuma, sebelum Azammuddin Mohd. Akil mengesahkan kemenangan tuan rumah hasil rembatan kencang, minit ke-49.

JOHOR 0 KEDAH 3

Dalam satu lagi perlawanan, juara liga tiga kali, Kedah melancarkan amaran awal pada musim baru Liga Super selepas menumpaskan Johor 3-0 di Stadium Larkin.

Mohd Azlan Ismail muncul wira Kedah apabila menjaringkan hatrik pada minit ke-71, 80 dan 86 untuk meletakkan pasukannya sebagai pendahulu dalam perlawanan pembukaan musim baru.

KL PLUS 3 PULAU PINANG 1

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, KL Plus turut memulakan kempen musim baru cemerlang selepas menundukkan Pulau Pinang 3-1.

Begitupun, pasukan pelawat mengejutkan tuan rumah dengan jaringan awal Mohd Failee Mohd Ghazali pada minit ketiga, sebelum KL Plus bangkit dengan tiga gol menerusi Mohd. Fadli Shaari (47), Mohd Lot Abu Hassan (56) dan Mohd Nazrin Nawi.

TERENGGANU 0 KELANTAN 0
KUALA LUMPUR 1 T-TEAM 1

Dalam dua lagi perlawanan Liga Super, pertemuan Kelantan dan Terengganu sekadar berkesudahan seri tanpa jaringan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, manakala Kuala Lumpur terikat 1-1 dengan T-Team di Stadium KLFA, Cheras.

This entry was posted on Monday, January 18th, 2010 and is filed under Liga Super. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Sponsors

Menu

Arkib Harian

February 2010
M T W T F S S
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Tinjauan Pendapat

Pasukan Bola Sepak Tempatan Yang Anda Sokong?

View Results

 Loading ...

Info Terkini

Komentar

    None Found