Penyandang juara, Pahang dan juara Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) berdepan laluan selesa memburu kejuaraan Piala Malaysia 2015 selepas diundi dalam kumpulan mudah.
Sebaliknya pula bakal dihadapi oleh pasukan Selangor dalam usaha menggapai misi gelaran ke-33 mereka, apabila diundi dalam kumpulan yang disifatkan sebagai `kumpulan maut’.
Pahang yang juga naib juara Liga Super diundi dalam Kumpulan D bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pulau Pinang dan PKNS FC manakala JDT diletakkan bersama Perak, Sarawak dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Kumpulan B.
Selangor pula bersama bekas juara, Kelantan selain FELDA United dan T-Team dalam Kumpulan C manakala satu lagi bekas juara, Kedah, bersama juara Piala FA, Lions XII selain Terengganu dan JDT II dalam Kumpulan A.
Majlis undian Piala Malaysia 2015 diadakan di sebuah hotel, hari ini.
Perlawanan pertama peringkat kumpulan dijadualkan pada 11 September ini.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih mengekalkan format lama dengan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak secara automatik ke peringkat suku akhir secara kalah mati. Perlawanan akhir dijangka berlangsung di Stadium Shah Alam.
Related posts
- Undian Piala Malaysia 2014
- Keputusan Undian Piala Malaysia 2015
- Keputusan Undian Piala Malaysia 2016
- Kedah anggap saingan Kumpulan A seimbang