2 gol Walcott bantu Arsenal dahului Blackpool 3-0

THEO Walcott menjaringkan dua gol pada minit ke-13 dan 39 bagi membolehkan Arsenal mendahului 10 pemain Blackpool 3-0 pada babak pertama dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates malam ini. Selepas memalukan Wigan 4-0 dalam perlawanan sulung minggu lalu, Blackpool jelas bukan tandingan skuad Arsene Wenger. Layangan kad merah ke atas Ian Evatt pada […]

Continue reading

Joe Hart selamatkan City dari kekalahan

JOE Hart menyelamatkan beberapa percubaan bertaraf dunia untuk membantu pasukan yang berbelanja besar, Manchester City membawa pulang satu mata di White Hart Lane apabila mengikat Tottenham 0-0 dalam aksi pembukaan Liga Perdana England, semalam. Penjaga gol England itu, yang tersenarai dalam kesebelasan utama mengenepikan penjaga gol No.1, Shay Given menyelamatkan percubaan Jermain Defoe, Tom Huddlestone […]

Continue reading

Tottenham, City sekadar seri

AKSI pembukaan Liga Perdana Inggeris 2010/2011 menyaksikan Tottenham dan Manchester City sekadar seri tanpa jaringan di White Hart Lane, sebentar tadi. Bermain di gelanggang sendiri Spurs memiliki banyak peluang untuk memecah kebuntuan gol namun dikecewakan oleh ketangkasan penjaga gawang City, Joe Hart termasuk peluang terbaik menerusi Jermain Defoe. Meskipun menurunkan gandingan Carlos Tevez dan penyerang […]

Continue reading

Tottenham berjuang pintas Arsenal

PENGURUS Tottenham, Harry Redknapp akur ia memerlukan keajaiban buat pasukannya untuk melonjak mengatasi Arsenal dan mengesahkan penamat tempat ketiga Liga Perdana Inggeris, malam ini. Pasukan Redknapp susah mengesahkan tempat keempat dan kelayakan Liga Juara-juara Eropah yang mengiringinya, selepas menewaskan Manchester City 1-0, Rabu lalu. Tetapi mereka masih boleh mendapat tempat automatik ke peringkat kumpulan kejohanan […]

Continue reading

Tottenham sah ke Liga Juara musim depan

TOTTENHAM Hotspur mengesahkan tempat ke Liga Juara Eropah bagi musim depan selepas menjamin sekurang-kurangnya tempat keempat Liga Perdana Inggeris apabila menewaskan pesaing utama, Manchester City 1-0 di Eastland sebentar tadi. Jaringan Peter Crouch pada minit ke-83 sudah cukup buah anak buah Harry Redknapp untuk menyekat harapan City dan kini Spurs masih berpeluang merebut tempat ketiga […]

Continue reading

MU benam Portsmouth, naik tangga teratas

RYAN Giggs menjaringkan dua gol menerusi sepakan penalti untuk membolehkan Manchester United terus menekan Chelsea sebagai pendahulu Liga Perdana dengan menewaskan Tottenham 3-1 hari ini. Giggs, 36, memulakan jaringan dan menamatkannya pada separuh masa kedua untuk menjadikan juara bertahan itu dua mata mengatasi Chelsea, yang akan melayan Stoke esok. United jelas menganggap pertemuan menentang Spurs […]

Continue reading

Spurs buka ruang buat pencabar Chelsea

SELEPAS mengecewakan salah satu pencabar utama EPL, Arsenal minggu lalu, Tottenham Hotspurs sekali lagi muncul sebagai watak pemusnah atau giant killer apabila mengejutkan pendahulu liga, Chelsea 2-1 di White Hart Lane, awal pagi tadi. Kemenangan Spurs kini membuka ruang lebih luas buat Manchester United untuk menyaingi The Blues dalam buruan gelaran EPL apabila skuad Red […]

Continue reading

Tottenham mampu hancurkan impian Chelsea

SIR Alex Ferguson dan Arsene Wenger mengakui trofi Liga Perdana England kini bakal menjadi milik Chelsea, ketika skuad Carlo Ancelotti berkelebihan empat mata di tangga teratas, pada baki empat perlawanan terakhir. Namun, jika Chelsea mengidamkan kegemilangan buat pertama kali sejak 2006, mereka harus beraksi lebih baik di White Hart Lane hari ini, berbanding apa yang […]

Continue reading

Impian Arsenal rangkul gelaran makin pudar

HAJAT Arsene Wenger untuk menamatkan kemarau Kejuaraan Liga Perdana Inggeris semakin pudar apabila Arsenal kecundang 1-2 di tangan pasukan yang memburu tiket ke Eropah, Tottenham Hotspurs di White Hart Lane, awal pagi tadi. Kekalahan itu sekali gus meletakkan barisan bimbingan jurulatih dari Perancis itu dalam laluan sukar untuk memburu gelaran EPL yang kali terakhir dimenangi […]

Continue reading

Kebangkitan Arsenal ancaman buat Chelsea, Manchester

LIMA minggu selepas harapan bersaing untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris seakan musnah apabila tewas 3-0 kepada Chelsea di gelanggang sendiri, Arsenal kini mampu bangkit semula dengan merapatkan jurang kepada hanya satu mata dengan kelebihan satu permainan di tangan. Skuad kendalian Arsene Wenger sebelum ini ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu, Chelsea dan enam mata daripada […]

Continue reading