Match Report
[1-1] m-82: GOAL Koscielny.
[1-0] m-40: GOAL Lescott heads home unchallenged from a Silva corner.
Mancini bimbang ancaman Arsenal
Roberto Mancini memberi amaran kepada pemain bintang dalam Manchester City bahawa Arsenal adalah calon juara sebenar Liga Perdana Inggeris dan memberikan ancaman serius kepada juara bertahan itu dalam pertembungan di Eastlands, hari ini.
City melalui detik mengecewakan, seri dengan Stoke hujung minggu lalu dan kemudian kalah penuh dramatik 2-3 kepada juara Sepanyol, Real Madrid dalam Liga Juara-Juara Selasa lalu.
City beraksi dalam perlawanan hari ini dengan harapan untuk mendapatkan semula sentuhan kemenangan, namun Mancini menjangkakan ujian sukar menentang pasukan yang berada pada prestasi hebat walaupun kehilangan Robin van Persie dan Alex Song.
“Saya tidak fikir kami akan melalui perlawanan yang mudah.
“Apabila anda memulakan liga selepas Euro, anda akan berdepan masalah kecederaan pemain. Saya tidak fikir ia akan menjadi pertembungan mudah. Adalah penting kami berusaha memberikan aksi menarik.
“Saya rasa Arsenal mampu bersaing untuk kejuaraan. Saya tidak tahu jika mereka lebih baik berbanding tahun lalu tetapi mereka kurang tekanan berbanding tahun lalu.
“Mereka kehilangan dua atau tiga pemain penting namun sudah pasti mereka beraksi untuk merebut kejuaraan.
“Arsenal mempunyai pemain yang bagus, begitu juga Manchester City. Ia akan menjadi perlawanan yang menarik untuk tontonan mereka yang hadir,” kata Mancini.
Salah seorang bekas pemain Gunners yang menyertai City, Samir Nasri tidak akan beraksi kerana cedera yang dialaminya ketika menentang Madrid.
Penyerang Argentina, Sergio Aguero mungkin beraksi walaupun hanya menghuni bangku simpanan ketika perlawanan di Sepanyol setelah pulih daripada kecederaan lutut.
Mario Balotelli juga dijangka tersenarai dalam skuad setelah insiden pertengahan minggu lalu dan laporan perbalahan dengan Mancini.
Home
1. Joe Hart | |
4. Vincent Kompany | |
5. Pablo Zabaleta | |
6. Joleon Lescott | Goal |
10. Edin Dzeko | |
11. Scott Sinclair | |
14. Javi Garcia | |
16. Sergio Aguero | |
21. David Silva | |
22. Gael Clichy | |
42. Yaya Toure |
Subs | ||
---|---|---|
13. Aleksandar Kolarov | ||
17. Jack Rodwell | Sub11 | |
18. Gareth Barry | ||
30. Costel Pantilimon | ||
32. Carlos Tevez | Sub10 | |
33. Matija Nastasic | ||
45. Mario Balotelli | Sub16 |
Away
2. Abou Diaby | |
4. Per Mertesacker | |
6. Laurent Koscielny | Goal |
8. Mikel Arteta | |
9. Lukas Podolski | |
16. Aaron Ramsey | |
19. Santi Cazorla | |
24. Vito Mannone | |
25. Carl Jenkinson | |
27. Gervinho | |
28. Kieran Gibbs |
Subs | ||
---|---|---|
11. Andre Santos | ||
12. Olivier Giroud | Sub2 | |
14. Theo Walcott | Sub9 | |
15. Alex Oxlade-Chamberlain | ||
20. Johan Djourou | ||
22. Francis Coquelin | Sub27 | |
36. Damian Martinez |