-
Find us on Facebook
Ads
Ads
-
Berita Piala Malaysia 2012
- Undian Piala Malaysia 2014
- Video Pahang 1-0 Kelantan Final Piala Malaysia 2013
- Pahang Juara Piala Malaysia 2013
- Final: Saya macam dalam mimpi - Azamuddin Akil
- Final: Derita 16 tahun Abang Jalal berakhir
- Final: Tangisan kegembiraan Tengku Abdul Rahman
- Final: Tabik Tok Gajah
- Final: Pahang akhiri penantian dua dekad
- Final: Gelombang merah, kuning di Stadium Shah Alam
- Kedah vs Terengganu [28 Ogos 2012]
Komentar
Koleksi Berita
Info Pasukan
Khairul Izuan Abdullah
Number | 33 |
---|---|
Name | Khairul Izuan Abdullah |
Birthday | May 16, 1986 |
Age | 28 |
Season | PM 2012 |
Team | On Loan |
Position | Penyerang |
Appearances | 0 |
Goals | 0 |
Nationality | Malaysia |
Profile
Khairul Izuan Abdullah
Kehadiran penyerang berbisa Liga Perdana, Khairul Izuan Abdullah dalam skuad Negeri Sembilan nyata melegakan ketua jurulatih skuad, Mohd Azraai Khor Abdullah, yang sedang merangka strategi terbaik membentuk gandingan barisan depan mantap dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia.
Pengendali berpengalaman itu mengakui pemenang kasut emas Liga Perdana itu memiliki skil permainan yang baik selepas menyaksikan aksinya dalam perlawanan persahabatan menentang RAMD Melaka, di Paroi, malam kelmarin yang berkesudahan Negeri Sembilan menang 1-0.
Katanya, sekalipun baru tiga hari menjalani latihan bersama skuad Hobin Jang Hobin, terdapat keserasian antara Khairul Izuan dengan Mohd Firdaus Azizul yang diturunkan dalam aksi itu susulan ketiadaan Jean-Emmanuel Effa Owona yang bercuti.
“Ada ruang untuk membentuk barisan depan mantap antara kedua-dua penyerang itu namun ia masih terlalu awal dan kita akan terus mengujinya dalam latihan dan perlawanan persahabatan lain selepas ini.
“Malah dia (Khairul Izuan) juga akan diuji bergandingan dengan Effa sekembali pemain itu Selasa ini (esok). Kita berharap barisan depan pasukan bakal lebih menyerlah sebaik cabaran saingan Piala Malaysia bermula nanti,” katanya semalam.
Mengulas hasrat mendapatkan dua pemain Sabah, Azraai berkata, Persatuan Bola Sepak Sabah sudah memaklumkan kelmarin untuk tidak melepaskan pemain berkenaan.
“Kini kita terpaksa meneruskan pencarian dua pemain dari pasukan lain untuk melengkapkan tiga pemain pinjaman sebelum aksi bermula,” katanya.