PENJARING terbanyak Kedah dalam Liga Super, Khyril Muhymeen Zambri sudah sedia meneruskan kecemerlangan menjaringkan gol ketika bertemu Tentera pada perlawanan pembukaan Piala Malaysia di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam ini.
Saya juga yakin kembalinya penyerang dari Croatia, Vedran Gerc akan memantapkan lagi bahagian serangan dengan kombinasi Baddrol Bakhtiar dan Faizal Abu Bakar yang sudah mula menemui sentuhan penyudah.
Saya belum berpeluang bertemu dengan jurulatih baru Kedah, Marijo Tot dan saya yakin akan membuahkan hasil yang baik untuk saya menambah ilmu di bawah seorang jurulatih berpengalaman yang memiliki begitu banyak ilmu bola sepak.
Kini saya tidak lagi dibelenggu kecederaan. Ini memberi peluang kepada saya untuk beraksi dengan kemampuan sebenar saya dan ia faktor kejayaan saya menjaringkan 10 gol ketika Liga Super, kata Khyril, semalam.
Tambah Khyril, dia juga puas hati kerana Kedah diletakkan dalam Kumpulan B bersama Kelantan, Terengganu dan Tentera kerana siapa sahaja yang dapat melayakkan diri ke suku akhir pasti akan dapat menambah keyakinan diri bagi meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya. — Berita Harian
Related posts
- Kedah vs ATM [22 Ogos 2012]
- Kedah anggap saingan Kumpulan A seimbang
- Kedah vs Terengganu [28 Ogos 2012]
- Kelantan vs Kedah [25 Ogos 2012]