SELANGOR kembali di landasan tepat untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super apabila menamatkan kemarau tanpa kemenangan dalam dua perlawanan terakhir dengan menewaskan Pulau Pinang 3-0 di Stadium Shah Alam, malam ini.
Kemenangan malam ini ternyata sangat berharga buat Selangor terutama apabila pencabar utama mereka, Kelantan turut memungut tiga mata penuh selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium PBKL, Cheras.
Selepas mengakhiri babak pertama dengan keputusan seri tanpa jaringan, Selangor akhirnya mampu merobek gawang pasukan pelawat menerusi jaringan Mohd Nasriq Baharom pada minit ke-70.
Selangor terus mengukuhkan kedudukan dengan menghasilkan dua gol dalam tempoh dua minit menerusi Mohd Amri Yahyah (m-81) dan Mohd Safee Sali (m-83).
Selangor akan berdepan T-Team di Kuala Terengganu dalam perlawanan seterusnya, 28 Julai nanti.
Tags: Liga Super, Pulau Pinang, Selangor
[...] 3 - 0 0 - 0 0 - 2 1 - 1 3 - 2 2 - 0 2 - 2 [...]