SELANGOR semakin kukuh di persada liga apabila menambah tiga mata setelah menewaskan jirannya, Kuala Lumpur 4-2 pada perlawanan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan Selangor mengungguli takhta liga dengan 41 mata iaitu kelebihan enam mata dari pesaing terdekat Kelantan yang berada di tangga kedua. Pasukan dari Pantai Timur itu tidak beraksi malam ini.
Pada pertemuan dengan Kuala Lumpur, Selangor mendahului 1-0 pada separuh masa hasil jaringan Liew Kit Kong pada minit kelapan.
Bagaimanapun, Kuala Lumpur bangkit dengan menyamakan kedudukan pada minit ke-46 menerusi jaringan Raimi Mohd Nor.
Gol penyamaan itu tidak menggugat rentak persembahan Selangor yang terus memburu jaringan dan asakan mereka membawa hasil apabila Amri Yahya memperoleh gol kedua pada minit ke-65 sebelum dibalas sekali lagi oleh Raimi pada minit berikutnya.
Amri sekali lagi menghasilkan gol keduanya pada minit ke-73 sebelum Safiq Rahim menutup jaringan buat Selangor pada minit ke-90.
Tags: Kuala Lumpur, Liga Super, Selangor, Selangor-Kuala Lumpur
[...] - 1 2 - 4 1 - 0 2 - 0 2 - 0 1 - [...]