SABAH beraksi cemerlang untuk merapatkan jurang perbezaan mata dengan pendahulu Liga Perdana apabila berjaya menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah malam tadi. (LIHAT VIDEO)
Begitu pun kemenangan berkenaan masih belum mencukupi untuk mengatasi Felda United yang kekal unggul di persada Liga Perdana selepas turut mencatat kemenangan dalam perlawanan menentang Melaka.
Gol-gol Sabah dijaringkan oleh Mohd Farid Ideris seawal minit ke-3, dan disusuli dengan Bobbey Gonzales selang empat minit kemudian, manakala gol saguhati ATM dijaringkan oleh Saiful Mustafa pada minit ke-72.
Dengan mengutip tiga mata, Sabah kini berjaya mengumpul 35 mata, ketinggalan tiga mata di belakang Felda United.
Tags: ATM, Liga Perdana, Sabah