Video Sweden 4-2 England [Friendly 2012]
Magis Ibrahimovic
Penyerang prolifik Sweden, Zlatan Ibrahimovic meledak empat gol untuk membantu Sweden menewaskan England 4-2 pada aksi persahabatan antarabangsa di Friends Arena awal pagi semalam.
Ibrahimovic tampil dengan kelas tersendiri terutamanya ketika menjaringkan gol keempat menerusi percubaan dari jarak 25 meter ketika perlawanan memasuki waktu kecederaan, sekali gus membantu Sweden membalas dendam berikutan kekalahan 2-3 kepada skuad The Three Lions pada kempen Euro 2012.
Pada perlawanan tersebut, Ibrahimovic meletakkan Sweden di depan seawal minit ke-20 sebelum penyerang Manchester United, Danny Welbeck mengikat kedudukan pada minit ke-35.
England mendahului 2-1 menerusi jaringan Steven Caulker pada minit ke-38 tetapi Ibrahimovic kembali mengikat kedudukan pada minit ke-77 sebelum menyumbat dua gol lagi masing-masing pada minit ke-84 dan 91.
Kejayaan itu juga turut merentap emosi ketua pasukan England, Steven Gerrard yang meraikan penampilan ke-100 bersama England serta mencatat rekod menjadi pemain keenam yang melepasi angka tersebut.
Sweden 4 England 2
No comments yet... Be the first to leave a reply!