Bola sepak kembali tarik minat rakyat

Posted by on Nov 24, 2011 | Leave a Comment

Kejayaan di Piala AFF disusuli kejayaan pertahan emas Sukan SEA 2011 KETUA Jurulatih Skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee tidak ragu-ragu menyatakan sukan bola sepak negara ini kembali menarik minat dan sokongan rakyat berikutan persembahan baik pasukan negara sejak menumpaskan Indonesia pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki sebelum ini. Malah Kim Swee berkata kehadiran lebih 1,000 peminat dan penyokong setia di Terminal... 

Olimpik 2012: Kim Swee tetap positif walau tewas di tangan Syria

Posted by on Nov 24, 2011 | 1 Comment

PENGENDALI skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee berpuas hati dengan aksi dipamerkan anak buahnya walaupun tewas 0-2 kepada Syria, malam tadi. Katanya, pemain sudah memberikan permainan dan komitmen tinggi terutamanya pada babak pertama, namun keletihan menyebabkan mereka terlepas peluang mengutip sebarang mata. “Kita bermain amat baik pada separuh masa pertama namun menuju ke babak kedua pemain semakin keletihan. “Bila... 

Indonesia dakwa pingat emas bola sepak diragut pengadil

Posted by on Nov 24, 2011 | 40 Comments

PSSI dakwa pengadil Jepun berat sebelah adili final Malaysia-Indonesia RASA geram kem Indonesia kegagalan pasukan bola sepak mereka meraih pingat emas Sukan SEA 2011 tampak masih membara. Semalam, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mengumumkan hajat mahu merujuk kes pengadilan berat sebelah oleh pengadil Jepun, Tojo Minoru kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Gabungan Persekutuan Bola Sepak... 

Kelayakan Olimpik: Jadual jejas prestasi Malaysia

Posted by on Nov 24, 2011 | 15 Comments

KATA ORANG, robot pun boleh kehabisan bateri sekiranya ‘dilenjan’ habis-habisan. Namun, lain pula ceritanya dengan skuad Olimpik Malaysia yang tampil dengan persembahan bertenaga meskipun gagal menjinakkan Syria apabila tewas 0-2 pada perlawanan kedua aksi kelayakan Olimpik pusingan akhir Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi. Kudrat anak-anak buah Ong Kim Swee yang masih keletihan... 

Video: Malaysia 0-2 Syria [Olympic 2012 Qualifier]

Posted by on Nov 23, 2011 | 23 Comments

Kelayakan Sukan Olimpik 2012 Video Malaysia vs Syria Stadium Nasional Bukit Jalil 23 November 2011 Video: Malaysia vs Syria [0-2] | Gol Solaiman Solaiman Video: Malaysia vs Syria [0-2] | Gol Kedua Video: Malaysia vs Syria [Olympic 2012 Qualifier]  Read More →

Siaran Langsung Malaysia vs Syria di TV1, Astro Arena

Posted by on Nov 23, 2011 | 7 Comments

Kelayakan Sukan Olimpik 2012 MALAYSIA vs Syria Stadium Nasional Bukit Jalil 8.45 malam, LIVE TV1 Astro Arena PASUKAN Syria seolah- olah melancarkan perang psikologi buat pasukan negara apabila mengakui berdepan perlawanan yang cukup mendebarkan menjelang aksi kedua Kumpulan C pusingan kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini. Jurulatih Syria, Imad Khankan memberitahu, pihaknya sentiasa... 

Kandas 1 jam: Malaysia hantar bantahan rasmi ke AFC

Posted by on Nov 23, 2011 | 5 Comments

Pengurus skuad bola sepak Sukan SEA XXVI Indonesia, Datuk Hamidin Mohd. Amin menyifatkan pengalaman terkandas selama satu jam setengah sebelum berjaya memasuki Stadium Gelora Bung Karno untuk perlawanan akhir kelmarin, sebagai ‘lebih mengerikan’ daripada apa yang diharungi ketika final Piala AFF Suzuki, Disember lalu. Berikutan itu, tegasnya, Malaysia akan menghantar bantahan rasmi kepada Pesuruhjaya Perlawanan Konfederasi... 

Menang emas bukan kerana nasib

Posted by on Nov 23, 2011 | 4 Comments

DUA kali berturut-turut memenangi ‘ibu emas’ temasya Sukan SEA bukan disebabkan faktor nasib atau tuah semata- mata. Selepas skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara mengakhiri penantian selama 20 tahun dengan meraih emas pada Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos, malam kelma- rin giliran Harimau Muda pula menggapai emas di Stadium Gelora Bung Karno. Kemenangan 4-3 ke atas Indonesia menerusi penentuan sepakan... 

Emas Sukan SEA: RM30,000 menanti pegawai, pemain

Posted by on Nov 23, 2011 | Leave a Comment

PELUH pun belum kering, ganjaran RM30,000 telah menanti setiap pemain dan pegawai pasukan bawah 23 tahun (B-23) negara sebaik mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2011 kelmarin. Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, presiden, Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan wang ganjaran itu bagi mengenang jasa kesemua pegawai dan pemain yang bertungkus-lumus menewaskan Indonesia... 

Media Indonesia akui Malaysia ‘Raja Bola ASEAN’

Posted by on Nov 22, 2011 | 4 Comments

KEJAYAAN skuad bawah 23 tahun Malaysia mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Indonesia malam tadi membuktikan mereka adalah pasukan terbaik di rantau ini buat masa ini. Mereka juga membuktikan kejayaan meraih emas bola sepak pada Sukan SEA 2009 di Laos dan menjuarai Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) tahun lepas, bukanlah kerana nasib semata-mata. Biarpun persembahan pasukan Malaysia sebelum ini dipertikaikan... 

Page 31 of 53« First...1020...2930313233...4050...Last »
Advertisement


Join Sokernet.com Fans