Your are here: Home /
Liga Malaysia
MENJELANG pertemuan sengit antara Kelantan menentang Selangor malam ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberi peringatan kepada semua penyokong setia The Red Warriors untuk mempamerkan disiplin terbaik dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi ketika menonton perlawanan malam ini.
Setiausaha Agung KAFA, Mohamad Noordin Awang berkata, aksi perlawanan membabitkan Kelantan menentang Selangor sememangnya disifatkan...
Tagged with Kelantan, Liga Malaysia, Liga Super 2011, Selangor
Video Liga Super 2011
Gol Terbaik Pilihan Arena
Liga Super Matchday #14
5 Jaringan Terbaik
Read More →
Tagged with Gol Terbaik, Liga Malaysia, Liga Super 2011, Video
Liga Super 2011 Match #15
Kelantan vs Selangor
LIVE Astro Arena, 26 April 2011
Stadium Sultan Muhammed Ke-IV
PERTEMUAN Kelantan menentang Selangor pada aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu, malam esok (26 April) sudah pasti memberikan signifikan tersendiri bagi kedua-dua pasukan.
Malah di pihak penyokong setia Kelantan sendiri, mereka sudah begitu lama menunggu kehadiran pasukan Selangor...
Tagged with Astro Arena, Kelantan, Liga Malaysia, Liga Super 2011, Live Astro, Selangor, Video
Sabah 1-2 Selangor
(Stadium Likas)
GERGASI Merah mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super apabila menundukkan Sabah di Kota Kinabalu. Ini adalah kemenangan keempat berturut-turut buat pasukan bergelar Red Giants sejak 12 April lalu.
Skuad Badak pula tewas buat kali kedua di halaman sendiri sepanjang musim ini. Pengendalinya, Gary Philips perlu melakukan sesuatu kerana mereka kini berada dalam zon kritikal dan...
Tagged with Liga Malaysia, Liga Super 2011
Liga Super 2011
Sabah 1-2 Selangor
Stadium Likas, Kota Kinabalu
Matchday #14
23 April 2011
Video: Sabah 1-2 Selangor
Read More →
Tagged with Liga Malaysia, Liga Super 2011, Sabah, Selangor, Video
Liga Super 2011
Johor FC vs T-Team
Stadium JCorp, Pasir Gudang
Matchday #14
23 April 2011
Video: Johor FC 2-1 T-Team
Read More →
Tagged with Johor FC, Liga Malaysia, Liga Super 2011, T-Team, Video
Selepas enam perlawanan, Mohd. Azraai Khor Abdullah akhirnya mengecap kemenangan pertama bersama Negeri Sembilan dengan kemenangan 3-1 ke atas Pahang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.
Kejayaan itu hadir selepas keputusan berani bekas pengendali Harimau Muda itu menggunakan tiga pemain Piala Presiden di dalam kesebelasan utama selain memilih menggunakan khidmat Mohd. Farizal Harun selaku penjaga gol utama...
Tagged with Liga Malaysia, Liga Super 2011, Mohd Azraai Khor, Negeri Sembilan, Pahang
TERENGGANU menghadirkan kekalahan ketiga buat Perak musim ini, apabila membelasah skuad kendalian Norizan Bakar 3-0 untuk kembali melonjak ke tangga kedua liga dengan 28 mata, satu melebihi Kelantan.
Gol Terengganu muncul pada minit ke-15 menerusi Abdul Hadi Yahya yang mendapat hantaran Ashaari Samsudin sebelum merembat kencang untuk menewaskan penjaga gol lawan, Mohd Nasril Nourdin.
Pada babak kedua, tuan rumah memperoleh...
Tagged with Liga Malaysia, Liga Super 2011, Perak, Terengganu
SIFU baru skuad Hijau Kuning, Wan Jamak Wan Hassan menetapkan sasaran peribadi untuk membantu Kedah muncul juara Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.
Bagaimanapun, bekas jurulatih Negeri Sembilan itu mengakui berdepan tugas berat untuk memastikan skuad Hijau Kuning berada di landasan yang tepat selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada Ahmad Yusoff pada pertengahan musim ini.
Wan Jamak memberitahu, beliau sudah...
Tagged with Kedah, Liga Malaysia, Liga Super 2011, Wan Jamak Wan Hassan
SELANGOR memulakan pusingan kedua Liga Super 2011 dengan mengekalkan status sebagai pendahulu dengan mencatat kemenangan 2-1 ke atas Sabah pada aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam tadi.
Skuad The Red Giants itu bagaimanapun tersentak seketika apabila Rosdin Wasli meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-11.
Begitupun, Bunyamin Umar berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-36 sebelum Amri Yahyah muncul wira...
Tagged with Liga Malaysia, Liga Super 2011, Sabah, Selangor