Prestasi buruk: Presiden PBNS turun padang

Posted by on Apr 19, 2011 | 1 Comment

Negeri Sembilan tewas 7 kali daripada 12 aksi Liga Super PERSATUAN Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) akan melakukan post-mortem bagi mengenal pasti masalah yang melanda skuad Hoben Jang Hoben yang kini menghuni kelompok bawahan Liga Super. Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau akan mencari masalah yang melanda pasukan itu yang mencatatkan tujuh kekalahan dalam 12 perlawanan sebelum ini. Katanya, prestasi... 

Selangor di landasan terbaik

Posted by on Apr 18, 2011 | 2 Comments

KEMENANGAN ke atas Perak malam kelmarin membuktikan Selangor kini berada di landasan terbaik untuk mencipta sejarah menjadi pasukan pertama berjaya menjuarai Liga Super buat tiga musim berturut-turut. Pada perlawanan ke-12 di Stadium Shah Alam itu, Selangor mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Perak menerusi jaringan tunggal kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim pada minit ke-68. Menurut pengurus merangkap ketua jurulatih... 

Perlis tamatkan kemarau kemenangan

Posted by on Apr 18, 2011 | Leave a Comment

TIADA yang lebih manis buat Perlis selepas menamatkan penantian kemenangan musim ini dengan mengejutkan Negeri Sembilan 3-2 di Stadium Utama Negeri di Kangar, semalam. Kejayaan di gelanggang sendiri, biarpun hanya disaksikan sebahagian kecil penyokong setia, dianggap cukup bermakna buat barisan hampir 100 peratus tenaga muda dan baru Singa Utara bimbingan ketua jurulatih, Salim Tofel Mohamad. Katanya, tanpa kerjasama,... 

Kuala Lumpur akhiri badi

Posted by on Apr 18, 2011 | Leave a Comment

TIGA gol Kuala Lumpur dalam tempoh empat minit ketika menewaskan T-Team kelmarin, nyata mengejutkan banyak pihak termasuk ketua jurulatihnya, Razip Ismail. Selepas sukar menggegar gawang lawan sebelum ini, kemenangan bergaya itu juga menandakan ‘badi’ yang membelenggu skuad warga kota sejak beberapa perlawanan lalu, tidak lagi mengekori mereka. “Saya juga terkejut kerana anak buah mampu membolosi gawang lawan dalam... 

Azwan puas hati aksi Perak

Posted by on Apr 18, 2011 | Leave a Comment

PENGURUS Perak, Khairul Azwan Harun tetap berpuas hati dan menyifatkan nasib tidak menyebelahi skuad Seladang ketika tumpas 1-0 kepada Selangor di Stadium Shah Alam dalam saingan Liga super, kelmarin. “Setiap pemain sudah bersungguh-sungguh dan berusaha melaksanakan perancangan Cikgu Jan (Norizan Bakar). “Walaupun tumpas, tiada apa yang hendak dimalukan pemain Perak. Kalah menang adalah lumrah dalam bola sepak,”... 

Safiq Rahim julang Selangor

Posted by on Apr 17, 2011 | Leave a Comment

SELANGOR kembali merampas kedudukan sebagai pendahulu Liga Super 2011 daripada Terengganu selepas menewaskan Perak 1-0 pada aksi di Stadium Shah Alam malam tadi. Kapten skuad negara, Safiq Rahim muncul wira The Red Giants apabila meledakkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-68, sekali gus menghalang hajat Perak untuk kembali menerajui liga. Kejayaan ini menyaksikan skuad kendalian K. Devan itu mengumpul 26 mata, dua... 

Kedah intai peluang

Posted by on Apr 17, 2011 | Leave a Comment

KEDAH mencatat kemenangan ketiga berturut-turut menewaskan Pahang 1-0 hasil jaringan V Thirumurugan pada minit ke-56 untuk berkongsi 21 mata dengan Kelantan tetapi dibezakan dengan perbezaan jaringan gol. Di Stadium Utama, Kangar, Perlis akhirnya memecah kebuntuan kemenangan sulung dalam liga apabila menumpaskan Negeri Sembilan 3-2. Bagaimanapun, Negeri Sembilan membuka tirai jaringan pada minit ke-27 menerusi Mohd Firdaus... 

Kelantan terus kempunan mata penuh

Posted by on Apr 17, 2011 | Leave a Comment

KELANTAN terus dirundung malang apabila gagal mengutip mata penuh setelah sekadar seri tanpa jaringan dengan Sabah dalam aksi perlawanan bola sepak Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi. Turun tanpa penyerang utama, Norshahrul Idlan Talaha dan perancang tengah, Mohd Shakir Shaari, jelas kebangkitan yang diinginkan bertukar dengan igauan buruk setelah aksi hambar dengan gerakan... 

Video: Kedah 1-0 Pahang

Posted by on Apr 17, 2011 | Leave a Comment

Video Liga Super 2011 Kedah vs Pahang Stadium Darulaman, Alor Setar 16 April 2011 Match #12 Video: Kedah 1-0 Pahang | Gol Thiru Murugan  Read More →

Kuala Lumpur jinakkan T-Team 3-1

Posted by on Apr 17, 2011 | Leave a Comment

KUALA Lumpur mudah menjinakkan pasukan pelawat Terengganu T-Team 3-1 di Stadium KLFA, Cheras malam tadi. Persembahan mantap dipamerkan anak buah Mohamed Razip Ismail pada separuh masa pertama, gerakan kemas dan terbuka memberi tekanan buat T-Team yang kekurangan idea untuk masuk ke kubu pasukan tuan rumah. Serangan bertali-arus dilancarkan para pemain KL sebaik wisel mula dengan dua percubaan daripada Md Nazrin Md Nawi... 
Page 18 of 33« First...10...1617181920...30...Last »