Your are here: Home /
Global
PENYERANG Liverpool, Andy Carroll meledakkan gol sulung buat England pada aksi persahabatan dengan Ghana di Stadium Wembley awal pagi semalam.
Begitupun, Ghana merencatkan kegembiraan skuad Three Lions itu apabila seri 1-1 hasil jaringan penyerang Sunderland, Asomoah Gyan pada minit kecederaan
Namun, jurulatih England, Capello tetap memuji aksi Carroll dan menjelaskan bahawa penyerang Liverpool yang berharga £35 juta...
Tagged with Andy Carrol, England, England vs Ghana, Ghana, Liverpool, Perlawanan Persahabatan, Persahabatan
JUARA Eropah dan Dunia, Sepanyol mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kempen kelayakan Euro 2012 setelah mencatat kemenangan 3-1 ke atas Lithuania awal pagi semalam.
Gol daripada Xavi dan Juan Manuel Mata serta jaringan sendiri daripada Tadas Kijanskas sudah cukup untuk membolehkan Sepanyol mencatat kemenangan kelima dalam saingan Kumpulan I.
Pada perlawanan tersebut, pasukan tuan rumah berjaya mengikat kedudukan 1-1...
Tagged with Berita EURO 2012, EURO 2012, Kelayakan EURO 2012, Piala Eropah, Sepanyol
MALAYSIA diundi bertemu Taiwan pada pusingan pertama perlawanan kelayakan Piala Dunia Zon Asia yang akan diadakan secara timbal balas pada 29 Jun dan 3 Julai ini.
Jika menang ke atas Taiwan, Malaysia akan bertemu negara jiran, Singapura yang mendapat bye pada undian yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini.
Mengatasi Singapura akan melayakkan Malaysia terus bersaing dalam peringkat kumpulan.
Keputusan Undian Pusingan Pertama...
Tagged with Kelayakan Piala Dunia 2014, Malaysia, Malaysia vs Singapura, Malaysia vs Taiwan
SKUAD Olimpik Malaysia akan beraksi menentang Lubnan di pusingan kedua Kelayakan Sukan Olimpik 2012 yang dijadualkan pada 19 dan 23 Jun ini.
Perlawanan yang akan dilangsungkan secara timbal balik itu bakal diadakan terlebih dahulu di Lubnan dan kemudiannya di Kuala Lumpur.
Undian Kelayakan Sukan Olimpik 2012 bagi Zon Asia berlangsung di Ibu Pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia di Kuala Lumpur petang tadi.
Keputusan Undian...
Tagged with Kelayakan Sukan Olimpik 2012, Malaysia, Malaysia vs Lubnan, Sukan Olimpik 2012
Undian Kelayakan Sukan Olimpik 2012, Piala Dunia 2014
TUAH ternyata memihak Malaysia dalam undian Kelayakan Piala Dunia 2014 dan Olimpik 2012 apabila mendapat laluan agak mudah selepas undian yang dibuat di Rumah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Nama Malaysia yang dicabut sebagai pasukan pertama pada sesi undian Kelayakan Piala Dunia 2014 oleh Shin Man Gil selaku Pengarah Pertandingan Pasukan Kebangsaan AFC memperlihatkan...
Tagged with Kelayakan Piala Dunia 2014, Kelayakan Sukan Olimpik 2012, Malaysia, Malaysia vs Lubnan, Malaysia vs Taiwan, Piala Dunia 2014
PENYERANG remaja, Neymar menjaringkan kesemua gol Brazil dalam kemenangan 2-0 ke atas Scotland dalam penampilan ketiga bintang yang menjadi buruan Chelsea itu di aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Emirates, London malam tadi.
Pemain berusia 19 tahun itu menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-42 dan menyempurnakan penalti pada minit ke-77 di hadapan seramai 53,082 penonton.
LIHAT VIDEO
Setelah tewas dalam...
Tagged with Brazil, Brazil vs Scotland, Neymar, Perlawanan Persahabatan, Persahabatan
LIONEL Messi mempamer aksi mengkagumkan namun Pemain Terbaik Dunia dua kali itu dan Argentina terpaksa berpuas hati seri 1-1 dengan Amerika Syarikat dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, kelmarin.
Juan Agudelo menjaringkan gol pada minit ke-59 untuk memberikan keputusan seri buat tuan rumah yang begitu bersemangat.
Esteban Cambiasso meletakkan Argentina di depan pada minit ke-42 selepas Messi membuat larian yang...
Tagged with Argentina, Argentina vs USA, Lionel Messi, Perlawanan Persahabatan, Persahabatan, USA
KAPTEN John Terry berjaya membalas kepercayaan yang diberikan Fabio Capello apabila menunjukkan kepimpinan yang hebat untuk membantu England membenam Wales 2-0 pada perlawanan kelayakan Euro 2012 di Millennium Stadium semalam.
Pemain Chelsea tersebut sebelum ini dilucutkan daripada memakai lilitan kapten selepas mencetuskan kontroversi apabila terlibat di dalam beberapa siri krisis peribadi, namun dilantik semula Capello...
Tagged with England, England vs Wales, EURO 2012, John Terry, Kelayakan EURO 2012
JARINGAN berganda masing-masing menerusi Thomas Mueller dan Miroslav Klose memastikan Jerman menang selesa 4-0 ke atas Kazakhstan, bagi menjarakkan kelebihan sebagai pendahulu kepada lapan mata dalam Kumpulan A kelayakan Euro 2012.
LIHAT VIDEO
Jerman kekal dengan momentum sama selepas menduduki tempat ketiga pada Piala Dunia tahun lalu dengan lima kemenangan berturut-turut dan mengumpul 15 mata, melepaskan satu gol...
Tagged with EURO 2012, Jerman, Jerman vs Kazakhstan, Kazakhstan, Kelayakan EURO 2012
FABIO Capello memuj persembahan Jack Wilshere selepas pemain muda itu membantu England menang 2-0 ke atas Wales pada perlawanan kelayakan Euro 2012, semalam.
Pemain Arsenal itu hanya beraksi 52 minit pada perlawanan tersebut tetapi ia sudah cukup meletakkan England pada kedudukan selesa untuk layak ke Euro 2012 di Poland dan Ukraine.
Gol Frank Lampard dan Darren Bent memastikan tiga mata menjadi milik England, namun persembahan...
Tagged with England, England vs Wales, EURO 2012, Jack Wilshere, Kelayakan EURO 2012