Sukan Asia 2010: Malaysia tewas 0-2 kepada Jepun

Posted by on Nov 10, 2010 | Leave a Comment

MALAYSIA gagal menghadirkan kejutan ke atas Jepun dalam acara bola sepak Sukan Asia 2010 apabila kecundang 2-0 dalam saingan Kumpulan A di Stadium Huadu petang tadi. [LIHAT VIDEO] Jepun berjaya memperoleh jaringan pada setiap babak menerusi Kensuke Nagai dan Hotaru Yamaguchi. Di awal 25 minit permainan, segalanya tampak seimbang ekoran pendekatan corak berhati-hati kedua-dua pasukan. Pertahanan kebangsaan makin goyah... 

Sukan Asia 2010: Jepun tundukkan tuan rumah 3-0

Posted by on Nov 08, 2010 | Leave a Comment

JEPUN mengungguli saingan Kumpulan A acara bola sepak Sukan Asia 2010 selepas menang selesa 3-0 ke atas tuan rumah, China malam ini. [LIHAT VIDEO] Jepun membuka jaringan menerusi rembatan Ryohei Yamazaki dari dalam kotak penalti pada minit ke-11 sebelum menggandakan kedudukan menerusi jaringan di babak kedua hasil sentuhan Kensuke Nagai pada minit ke-58. Hasrat China untuk bangkit tidak kesampaian apabila sekali lagi... 

Sukan Asia 2010: Malaysia tewaskan Kyrgyzstan 2-1

Posted by on Nov 08, 2010 | 4 Comments

Aksi menentang Jepun kayu ukur sebenar Malaysia di Sukan Asia SKUAD bola sepak negara memulakan kempen pada Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China dengan mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A. Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Huadu petang ini, Malaysia menewaskan Kyrgyzstan 2-1. [LIHAT VIDEO] Separuh masa pertama perlawanan boleh dikatakan seimbang di antara kedua-dua pasukan, namun penerima... 

Sepanyol dominasi Pemain Terbaik Dunia 2010

Posted by on Nov 06, 2010 | Leave a Comment

STATUS selaku Juara Piala Dunia 2010 memberi kelebihan buat Sepanyol apabila tujuh pemain negara itu disenarai bagi merebut anugerah Pemain Terbaik Dunia 2010 yang akan diumumkan pada Januari depan. Lihat Senarai Calon Pemain Terbaik Dunia 2010 Antara pemain Sepanyol yang tersenarai termasuk ketua pasukan yang juga penjaga gol kelab Real Madrid, Iker Casillas serta penjaring gol tunggal perlawanan akhir Piala Dunia... 

Senarai calon Pemain Terbaik Dunia 2010

Posted by on Nov 06, 2010 | 3 Comments

JUARA Dunia, Sepanyol mendominasi senarai calon untuk anugerah Pemain Terbaik Dunia 2010 atau nama rasmi barunya, FIFA Ballon d’Or (Bola Emas FIFA) apabila tujuh pemain termasuk penjaga gol utamanya, Iker Casillas tersenarai di kalangan 23 calon terakhir bagi merebut anugerah tahunan itu. Daripada 23 pemain yang telah dipilih, hanya tiga calon akan senarai pendek untuk merebut anugerah berprestij itu yang akan... 

Hanya satu anugerah Pemain Terbaik Dunia

Posted by on Nov 06, 2010 | Leave a Comment

FIFA, Majalah France Football setuju gabungkan anugerah Pemain Terbaik FIFA dan Pemain Terbaik Eropah Wartawan, penulis bola sepak turut dilantik sebagai juri penilai bersama jurulatih, kapten pasukan kebangsaan BUAT julung kalinya, anugerah FIFA Ballon d’Or atau Bola Emas FIFA akan diadakan Januari depan setelah badan induk bola sepak dunia FIFA dan majalah tersohor France Football menggabungkan anugerah masing-masing... 

Malaysia menang 4-0 ke atas Maldives

Posted by on Nov 02, 2010 | Leave a Comment

Aksi pemanas badan menjelang Sukan Asia Guangzhou ANAK buah K Rajagobal meraih kemenangan moral menjelang perlawanan pembuka tirai Sukan Asia bertemu Kazakhstan dengan membelasah pasukan Maldives 4-0, lewat petang tadi. [LIHAT VIDEO] Dalam aksi di Stadium MBPJ itu, pasukan kebangsaan turun tanpa beberapa tonggak utama namun enggan menjadikan itu sebagai alasan utama apabila mempamerkan persembahan bersemangat tinggi... 

Cassano pulih semangat Itali

Posted by on Sep 06, 2010 | Leave a Comment

JURULATIH Itali, Cesare Prandelli percaya Antonio Cassano boleh memulihkan skuad Itali yang dilanda malapetaka pada Piala Dunia 2010. Penyerang kelab Sampdoria itu menjadi inspirasi kepada Itali untuk memperoleh kemenangan 2-1 menentang Estonia, kelmarin setelah berjaya membantu Itali untuk mendapatkan jaringan gol. ”Cassano telah menaikkan semangat semua pemain yang berada dalam padang, malah dia kini semakin istimewa... 

England harapkan sentuhan Wayne Rooney

Posted by on Sep 06, 2010 | Leave a Comment

PENYERANG England, Wayne Rooney dijangka akan mengetepikan laporan mengenai kisah kehidupan peribadinya untuk berangkat ke Switzerland bagi menghadapi perlawanan kelayakan Euro 2012. Pemain itu menjadi tumpuan selepas akhbar News of the World dan Sunday Mirror membongkar dia melanggani pelacur ketika isterinya, Coleen sedang mengandung sehingga menimbulkan spekulasi mengenai peranannya dalam perlawanan berikut. Namun... 

Michael Ballack masih diperlukan Jerman

Posted by on Sep 06, 2010 | Leave a Comment

JURULATIH Jerman, Joachim Loew mengakui, kapten Michael Ballack masih berada dalam perancangan meskipun pemain tengah itu diketepikan pada aksi sulung kelayakan Euro 2012. Ballack, 33, tidak beraksi ketika Jerman menewaskan Belgium 1-0 di Brussels, Sabtu lalu. Pemain tengah itu juga tidak disena- raikan pada aksi kedua bertemu Azerbaijan di Cologne awal pagi ini kerana dia masih mencari tahap kecergasan terbaik selepas... 
Page 14 of 17« First...1213141516...Last »