Match Report
Mohd Daudsu Jamaluddin dilayang kad merah
TERENGGANU mengutip mata penuh selepas berjaya menewaskan Juara Liga Super, Kelantan 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu dalam saingan Kumpulan B Piala Malaysia 2012, malam tadi.
Keazaman Sang Penyu untuk menceriakan hampir 10,000 penyokong setia terserlah apabila penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe meledak gawang pelawat menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ketiga.
Pada separuh masa kedua, The Red Warriors terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Mohd Daudsu Jamaluddin menerima kad kuning kedua selepas mengasari pertahanan Terengganu, Mohd Muslim Ahmad.
Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya jentera penyudah skuad bimbingan Peter Butler apabila pemain tengah, Ismail Faruqi Asha’ri menjaringkan gol pada minit ke-89 untuk memastikan tiga mata penuh milik pasukan tuan rumah.
Keputusan: Terengganu 2-0 Kelantan
Home
Subs | ||
---|---|---|
1. Muhd Saifuddin Mokhtar | ||
5. Nik Zul Aziz Nawawi | ||
6. Erison da Silva Santos | Sub19 | |
12. Joseph Kalang Tie | Yellow CardSub14 | |
26. Mohd Fakhrurazi Musa | ||
28. Mohd Khairul Rosmadi | ||
30. Ahmad Takhiyuddin Roslan |
Away
Subs | ||
---|---|---|
1. Shahrizan Ismail | ||
7. Mohd Ramzul Zahini Adnan | ||
12. Nurul Azwan Roya | Sub34 | |
24. Zairul Fitree Ishak | ||
25. Mohd Azlan Ismail | Sub16 | |
33. Mohd Aslam Najmudeen | ||
35. Mohd Afiq Azmi | Sub10 |