Hajat skuad Harimau Malaya untuk meraih kejuaraan Piala AFF 2014 tidak kesampaian apabila tewas dengan agregat 4-3 kepada Thailand biarpun menamatkan aksi perlawanan akhir kedua dengan keputusan 3-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Tiga gol Malaysia pada perlawanan tersebut diperoleh menerusi jaringan penalti daripada Safiq Rahim pada minit ketujuh, Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-45 hasil tandukan pada separuh masa pertama.

Sementara satu lagi gol Harimau Malaya disumbangkan oleh Safiq yang memanfaatkan dengan baik sepakan percuma minit ke-58.

Dua jaringan Thailand daripada Charly Chappuis pada minit ke-82 dan Chanathip Songkrasin minit ke-87, sekali gus melenyapkan impian Malaysia di laman sendiri.

MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias; Pertahanan, S Kunanlan, Shukor Adan (C), Mohd Afif Amiruddin, Zubir Azmi; Mohd Amri Yahyah, Safiq Rahim, Mohd Badhri Radzi, Azammuddin Mohd Akil; Indra Putra Mahayuddin (Gary Steven Robbat), Norshahrul Idlan

THAILAND: Kawin Thamsatchanan (C); Perapat Notechaiya, Suttinun Phukom, Tanaboon Kesarat, Narubadin Weerawatnodom; Kroekrit Thawikan, Sarach Yooyen, Charyl Chappuis, Prakit Deeprom; Chanatip Songkrasin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17774#sthash.p5AXq6hQ.dpuf




coded by nessus

Leave a Reply