Match Report
Terengganu vs PKNS FC [2-1] Liga Super 2014
Liga Super 2014 | Terengganu 2 PKNS FC 1
DUA jaringan menerusi penyerang import baharu, Mamadou Hady Barry sudah cukup untuk membantu Terengganu mengutip tiga mata penuh dalam aksi pembukaan Liga Super 2014 menentang PKNS FC malam tadi, lapor NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM.
Skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim itu memulakan kempen dengan langkah kanan selepas menang 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Begitupun, pasukan kendalian Wan Jamak Wan Hassan terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui tandukan pemain pertahanan, Hamka Hamzah pada minit ke-17.
Pemain berasal dari Indonesia ini memperoleh peluang terbaik untuk merobek gawang Terengganu apabila menerima hantaran cantik daripada penyerang berbisa, Patrick Ronaldinho.
Bagaimanapun, jaringan yang menyentap semangat kira-kira 12,000 penyokong tuan rumah itu tidak kekal lama.
Skuad Penyu yang tidak berputus asa berjaya menyamakan kedudukan melalui sentuhan pemain import baharu, Barry.
Penyerang berasal dari Guinea itu tidak mengambil masa lama menggegar gawang pasukan pelawat yang dikawal Md. Remezey Che Ros pada minit ke-21.
Ketajaman penyudah Barry terus menceriakan penyokong tuan rumah pada minit ke-66 melalui tandukan padu hasil hantaran silang Mazlizam Mohamad. — Kosmo
Video Terengganu 2-1 PKNS FC
Home
Subs | ||
---|---|---|
4. Abdul Manaf Mamat | Sub55 | |
13. Hasmizan Kamaroddin | Sub7 | |
14. Mohd Fakhrurazi Musa | Sub53 |
Away
Subs | ||
---|---|---|
8. Muhd Khairu Azrin Khazali | Sub11 | |
20. Mohd Aminuddin Mohd Noor | Sub9 |