Match Report
Selangor vs T-Team [2-0] Liga Super 2014
Liga Super 2014 | Selangor 2 T-Team 0
Naib juara musim lepas, Selangor tidak menghadapi masalah untuk menewaskan wakil kelab dari Terengganu, T-Team, menerusi kemenangan 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Kedua-dua gol Selangor hasil sentuhan penyudah pemain import dari Brazil, Paulo Rangel, masing-masing pada minit ke-65 dan 72.
Durakovic puji karakter
“Sesuatu yang baik untuk perlawanan pertama. Saya gembira bukan semata-mata berjaya menjaringkan dua gol tetapi kerana Selangor mendapat tiga mata penuh. Ia penting untuk memberi keyakinan kepada pasukan,” katanya selepas perlawanan semalam.
Rangel berkata, rakan sepasukan juga banyak membantu terutama Junior Aparecido, Shukur Jusoh dan Abdul Hadi Yahya yang sentiasa memberi lorongan bola yang baik.
Jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic memuji persembahan pemainnya kerana memiliki karakter dan komitmen cukup baik.
“Ini pasukan baru, pasti mengambil sedikit masa untuk membentuk persefahaman. Kami akan terus cuba menampilkan corak permainan menarik,” kata Durakovic yang menggantikan jurulatih musim lalu, Irfan Bakti Abu Salim.
Durakovic tidak memasukkan pemain import dari Indonesia, Andik Vermansah manakala dua bekas penyerang Harimau Muda A, Ahmad Hazwan Bakri dan A Thamil Arasu, tiada dalam senarai 18 pemain.
Video Selangor 2-0 T-Team
Home
Subs | ||
---|---|---|
14. Abdul Hadi Yahya | AssistYellow CardSub6 | |
18. P Rajesh | Sub12 |
Away
Subs | ||
---|---|---|
5. Mohd Hasbullah Awang | Sub2 | |
7. Azlan Ismail | Sub18 | |
8. Patrich Wanggai | Sub10 |