Selangor berdepan tindakan FAM

Nasib malang yang menimpa Selangor pada 2008 mungkin berulang apabila bakal berdepan tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan keengganan mereka melepaskan tiga pemain menyertai latihan skuad Pilihan Malaysia untuk menentang Liverpool, baru-baru ini. Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, beliau sudah menerima laporan penuh mengenai kes itu dan kini hanya menunggu keputusan Jawatankuasa Status […]

Continue reading

Annuar Musa ancam bawa Kelantan keluar daripada FAM

Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjelaskan tunggakan gaji bekas jurulatihnya, Steve Darby yang berjumlah ratusan ribu ringgit mencetus berang presidennya, Tan Sri Annuar Musa. Dengan nada keras di laman Facebook miliknya, hari ini, beliau mendakwa badan induk bola sepak negara itu tidak melindungi ahlinya dan meletakkan budaya mendenda […]

Continue reading

Kelantan lakar kemenangan besar ke atas ATM

Kelantan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila membelasah pasukan bawahan liga, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5-1 pada aksi tunggal Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam ini. Kemenangan kelima itu yang diraih musim ini, menyaksikan Kelantan mengumpul 18 mata, namun kekal di tangga kesembilan carta Liga Super. Pada aksi malam ini, Kelantan membuka […]

Continue reading

Kelantan Belasah ATM 5-1

Kelantan membelasah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5-1 pada perlawanan tunggal Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi. Kelantan mendahului 3-1 pada separuh masa pertama. Penjaring Kelantan - Erwin Carillo (minit ke-3, 64), Wan Zack Haikal Wan Nor (minit ke-38), Mohd Norfarhan Muhammad (minit ke-42), Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (minit ke-74) ATM - Venice […]

Continue reading

Kelantan gagal raih kemenangan, seri 2-2 dengan Sime Darby

Kelantan gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri 2-2 menentang pasukan tercorot, Sime Darby FC pada aksi tunggal Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam ini. Keputusan itu menyaksikan Kelantan kekal di kedudukan kesembilan dalam carta Liga Super selepas mengutip 15 mata daripada 14 perlawanan, manakala Sime Darby FC terus menghuni […]

Continue reading

Pilihan Malaysia Ikat Liverpool 1-1 Aksi Persahabatan

Skuad Pilihan Malaysia, yang dibantu lima pemain asing, memperagakan aksi menarik untuk mengikat pasukan tersohor Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool 1-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. Skuad bimbingan Dollah Salleh tidak mengecewakan hampir 50,000 penonton apabila mengejutkan Liverpool dengan membuka tirai jaringan seawal minit ke-12 menerusi penyerang import PKNS FC, […]

Continue reading

Liverpool, Pilihan Malaysia Seri 1-1

Kelab tersohor Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan skuad Pilihan Malaysia seri 1-1 pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. Separuh Masa: 1-1 Penjaring: Pilihan Malaysia: Patrick Ronaldinho Wleh (minit ke-12) Liverpool: Jordon Ibe (28′) Senarai Pemain: LIVERPOOL: Adam Bogdan, Nathaniel Clyne (Dan Cleary), Dejan Lovren, Martin Skrtel, Divock Origi […]

Continue reading

Kelantan Buru Mata Elak Risiko Tercicir Ke Liga Perdana

Kelantan, yang kurang menyerlah dalam Liga Super 2015, kini meletakkan misi untuk tidak tercicir ke Liga Perdana pada musim depan. Berbaki sembilan lagi perlawanan, skuad The Red Warriors (TRW) memburu kemenangan kelima dalam saingan Liga Super apabila menerima kunjungan Sime Darby FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam esok. Pemangku Jurulatih Kelantan, Zahasmi […]

Continue reading