Wednesday, 23/07/2014


NS tak pandang rendah KL PLus

Published on October 6, 2010 by   ·   No Comments

Skuad Rusa buru mata penuh di Stadium MBPJ

NEGERI Sembilan tidak memandang rendah keupayaan KL Plus sekalipun pasukan itu berada pada kedudukan terbawah Kumpulan A, sebaliknya akan memastikan persembahan lebih baik untuk membawa pulang tiga mata dari Stadium MBPJ, malam ini.

Jurulatih Wan Jamak Wan Hassan, berkata pemain Negeri Sembilan harus menggandakan usaha kerana KL Plus mampu memberi ancaman, sekali gus menyekat laluan untuk ke suku akhir.

“Saya amat mengharapkan mata penuh daripada perlawanan malam esok (ini) selepas impian itu tersasar ketika bertemu Kelantan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Ahad lalu.

“Saya mengingatkan pemain padah yang akan berlaku jika leka dan elakkan kesilapan seperti ketika menentang Kelantan tempoh hari,” katanya yang mahu anak buahnya fokus demi tiga mata daripada perlawanan itu.

Wan Jamak bagaimanapun mengakui kekuatan Negeri Sembilan sedikit terjejas selepas Idris Karim dan S Kunalan cedera tetapi berharap Norizam Salaman yang mungkin bergandingan dengan S Ragesh atau Mohd Asyraf Al-Jafri bertindak lebih bijak dan agresif di depan pintu gol lawan.

“Barisan tengah diterajui Rezal Zambery Yahya juga diharap mengekalkan prestasi cemerlang. Apa yang penting ialah setiap pemain memikul tanggungjawab masing-masing dengan berkesan dan tidak mensia-siakan peluang jaringan,” katanya.

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Latest News