Tuesday, 22/07/2014


Johor FC masih belum selamat

Published on October 14, 2010 by   ·   No Comments

JURULATIH Johor FC, Azuan Zain tidak mahu terlalu teruja dengan keputusan 1-0 menewaskan Pahang dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia kelmarin, sebaliknya menganggap skuad bimbingannya masih berada dalam zon tidak selamat.

Katanya, aksi perlawanan masih berbaki 90 minit dan jika pemain hilang tumpuan pada saingan suku akhir kedua di Stadium Darul Makmur Sabtu ini, kemungkinan hajat untuk mengulangi kejayaan layak ke separuh akhir dua musim lalu tidak kesampaian.

Sambil mengakui kesebelasan utamanya tampak hilang fokus di babak pertama sehingga memberi ruang kepada anak didik Dollah Salleh menguasai perlawanan adalah amat sukar diterima tatkala beraksi di laman sendiri.

“Sepatutnya pemain tidak terikut-ikut dengan corak lawan, malah sikap terlalu berhati-hati menyebabkan setiap gerakan kurang efisien dan kerap kehilangan bola.

“Hanya di babak kedua, baru pemain menguasai rentak dan kembali mengatur strategi untuk mencari gol dan ruang itu digunakan sepenuhnya Khairi Kiman untuk jaringan tunggal,” katanya.

Mengulas formasi 3-5-2 yang digunakan, Azuan menegaskan betapa corak berkenaan lebih kepada menguatkan barisan tengah dan memastikan posisi itu tidak dikuasai lawan.

“Mohd Khairul Ismail dan Azizan Baba menjalankan tugas di posisi tengah dengan baik dan cepat menutup ruang dari dikuasai lawan,” katanya.

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News