DUA pasukan tercorot Liga Perdana, Melaka dan Shahzan Muda tersingkir dari saingan Liga Perdana musim depan dan bakal beraksi di Liga FAM selepas menamatkan saingan di tangga ke-11 dan 12.
Dalam perlawanan terakhir musim 2010 malam ini, Melaka diaibkan Sarawak 1-6 di gelanggang sendiri, manakala Shahzan Muda dibelasah 1-4 oleh USM FC di Stadium USM, Pulau Pinang.
Sementara itu, Sabah mengiringi Felda United ke Liga Super musim depan selepas menundukkan Pos Malaysia 1-0 pada saingan Liga Perdana malam ini untuk memintas PKNS di tangga kedua.
Kemenangan tersebut membolehkan Sabah memungut 48 mata dan berada di tangga kedua selepas Felda United, apabila pesaingnya, PKNS tewas kepada Harimau Muda 1-2.
Sebelum ini, Felda United yang hanya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Angkatan Tentera malam ini, telah menempah tiket ke Liga Super selaku juara Liga Perdana.
Keputusan penuh perlawanan Liga Perdana 23 Julai 2010:
PKNS 1 Harimau Muda 2
Felda United 0 ATM 0
USM FC 4 Shahzan Muda 1
Melaka 1 Sarawak 6
PDRM 8 MP Muar 0
Tags: Liga Perdana, Melaka, Shahzan Muda