Berita Liga Super, Liga Perdana, Piala FA Malaysia

Felda United gugur 23 pemain, pegawai

Selepas meraih prestasi suam-suam kuku pada saingan Liga Malaysia 2012, pengurusan bola sepak Felda United seolah-olah melakukan satu revolusi bagi persiapan musim depan dengan menggugurkan hampir keseluruhan pegawai termasuk pengurus, jurulatih dan 23 pemain. Hanya dua pemain, Azrul Ahmad dan Mohd. Nizam Abu Bakar kekal dalam perancangan jurulatih baru, K. Devan dengan pengambilan sejumlah besar [...]

Continue reading

Safiq Rahim sah sarung jersi Johor

Selepas sekian lama berteka-teki, ketua pasukan Harimau Malaya dan Selangor, Safiq Rahim memberi pengesahan dia bakal menyarung jersi gergasi baru Liga Malaysia, Johor, dalam saingan musim depan. Tanpa berselindung, Safiq mengakui itu keputusan terbaik setelah mendapat lampu hijau daripada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan mendapat restu keluarga yang membenarkan dia berhijrah ke pasukan selatan [...]

Continue reading

Rujuk FAM jika ada masalah perpindahan pemain

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius isu ‘belakang tabir’ membabitkan beberapa pasukan yang dikatakan sedang rancak memburu pemain kegemaran masing-masing. Ketika diminta mengulas perkara tersebut, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menganggap perbuatan itu sebagai sesuatu tidak beretika, apatah lagi ia membabitkan pemain yang masih mempunyai kontrak dengan majikan lama. Azzuddin memberitahu, segala urusan [...]

Continue reading

Pemain perlu hormati kontrak pasukan asal

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihatkan semua pemain sama ada tempatan mahupun import dalam Liga Malaysia, menghormati kontrak asal sebelum mengambil keputusan berhijrah ke pasukan baru. Katanya, pertukaran pasukan secara sewenang-wenangnya tanpa saluran yang betul, tidak akan mencerminkan kematangan pemain dan pasukan baru serta menunjukkan masalah etika mereka [...]

Continue reading

Johor sambar Daniel Guiza

JOHOR membuktikan kesungguhan untuk membentuk skuad yang digeruni bagi mengharungi saingan Liga Super musim depan apabila mengikat pemain Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza. Guiza merupakan penjaring terbanyak La Liga musim 2007/2008 iaitu ketika mewakili Mallorca dan disahkan bakal menjadi milik skuad Johor. Pemain itu dijangka tiba di sini esok bersama ejennya untuk menandatangani kontrak Jumaat ini. [...]

Continue reading

Sathia tak gusar hilang 3 tonggak

JURULATIH Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B Sathianathan tidak bimbang dengan ‘kehilangan’ tiga pemain tonggaknya yang akan meninggalkan pasukan ATM untuk bersama pasukan lain pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Tiga pemain tersebut, Mohd. Aidil Zafuan dan Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak serta Azmi Muslim hampir pasti akan menyarung jersi pasukan Johor pada saingan [...]

Continue reading

Mat Yo penyerang terbaik, pemain Paling Bernilai

Pemain dan Jurulatih Terbaik Liga Malaysia 2012 JIKA Kelantan gah dengan gelaran trebel musim ini, skrip yang sama juga boleh digunakan untuk penyerang prolifik mereka dan pasukan negara, Norshahrul Idlan Talaha apabila mempertahankan kemenangan bagi kategori Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai buat tahun ketiga berturut-turut pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 yang berlangsung [...]

Continue reading

Motivasi buat Hairuddin jika terpilih Pemain Paling Bernilai

BEKAS penyerang kebangsaan, Hairuddin Omar berkata, disenaraikan sebagai antara calon untuk Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena-FAM 2012 merupakan satu penghormatan buat para pemain. Penyerang ATM itu disaingi dua pemain Kelantan, Mohd. Badri Radzi dan Norshahrul Idlan Talaha untuk Anugerah Pemain Paling Bernilai musim ini. Hairuddin tewas dalam saingan untuk Anugerah Penyerang Terbaik tahun lalu. [...]

Continue reading

Liga Super 2013 bebas masalah KWSP

Tiada pasukan dalam Liga Super musim depan bakal berdepan masalah tunggakan Kumpulan Wang Simpanan (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Demikian jaminan Pengerusi Pertandingan Jawatankuasa Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin yang mengesahkan masalah terbabit kini hanya melibatkan pasukan dari Liga Perdana. Menurutnya, tunggakan keseluruhan [...]

Continue reading

Hairuddin tak harap menang anugerah

TAHUN lalu, Hairuddin Omar kecundang di tangan Norshahrul Idlan Talaha bagi kategori Penyerang Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011. Setahun berlalu, nama penyerang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu kembali tercalon pada anugerah kali ini. Kembali ‘berentap’ dengan Norshahrul dalam kategori Pemain Paling Bernilai, Hairuddin yang mesra dengan panggilan Hai-O juga bakal dicabar kapten [...]

Continue reading