Final Sepak Takraw Piala Dunia 2011: Malaysia 0-3 Thailand

Piala Dunia Sepak Takraw 2011SKUAD sepak takraw lelaki kebangsaan gagal menandingi kehebatan Thailand apabila tumpas 0-3 pada perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) 2011 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini.

Kesilapan yang dilakukan trio negara, Noor Azman Abdul Hamid, Norshahruddin Mad Ghani dan Farhan Adam, membuka peluang Thailand memenangi mudah set pertama dengan kelebihan 15-4 dalam masa 11 minit.

Kegagalan tekong negara, Noor Azman mengurangkan kesilapan memaksa jurulatih skuad kebangsaan, Jamaluddin Hassan memasukkan Muhamad Syazam Husin sebagai tekong pada set kedua.

Namun demikian Malaysia gagal menyekat kemaraan Thailand yang terkenal dengan gelaran “Gajah Putih” itu untuk terus memburu kemenangan di set kedua dengan mata 15-6 dalam masa 14 minit.

Pada set ketiga, usaha skuad negara untuk menyekat trio Thailand yang dibarisi oleh Pornchai Kaokaew, Siriwat Sakha dan Pattarapong Yupadee memenangi set itu juga gagal apabila sekadar meraih mata 15-11.

Jamaluddin berkata, skuad kebangsaan gagal mengunakan kelebihan yang ada pada sistem baru kiraan mata pada kejohanan itu.

“Pemain kita masih baru lagi dan mereka baru menjalani latihan selama empat bulan dan banyak perkara yang masih perlu diperbaiki lagi dan saya harap kita mampu mengatasi kekurangan tersebut apabila beraksi di Sukan SEA, Indonesia 2011 pada akhir tahun ini,” katanya.

Sementara itu, skuad wanita Thailand turut mengekori kejayaan yang sama selepas berjaya menewaskan Vietnam 3-0 dengan kiraan 15-7, 15-12 dan 15-9 pada perlawanan akhir kategori wanita. – BERNAMA

ISTAF 2011: Skuad takraw lelaki ke final

2011/07/24
KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw lelaki kebangsaan mara ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Singapura 3-0 pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Sepak Takraw Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) 2001 di Stadium Titiwangsa hari ini.

Pada perlawanan itu, Malaysia mengenepikan saingan Singapura dengan kiraan mata 15-7, 15-13 dan 15-4.
Malaysia dijangka menentang musuh tradisi, Thailand pada perlawanan pusingan akhir yang akan berlangsung petang ini. – BERNAMA

2 Responses to Final Sepak Takraw Piala Dunia 2011: Malaysia 0-3 Thailand

  1. kenapa teruk sangat nie??buat malu jer

  2. Kita kalah sb si farhan tu “kemetot” bdn kecik, nak buat block pun xbleh,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>