Final Piala Thomas 2014 Live di TV1, Astro Arena

Final Piala Thomas 2014

Siaran Langsung Final Piala Thomas 2014
Malaysia vs Jepun
LIVE TV1, Astro Arena 801
Ahad, 25 Mei – 5.30 Petang

Malaysia kini berpeluang cerah untuk mengalahkan Jepun dalam perlawanan akhir Piala Thomas di Stadium Siri Fort, New Delhi, India hari ini dengan diiringi doa 30 juta rakyat Malaysia termasuk para pemimpin negara, serta legenda dan peminat badminton.

Selepas 22 tahun dahagakan kejuaraan iaitu kali terakhir di Kuala Lumpur pada tahun 1992, tanpa disangka-sangka, Malaysia berpeluang cerah untuk menjulang trofi berprestij itu sekali lagi dan yang keenam dalam sejarah.

Pasukan negara yang menumpaskan Indonesia 3-0 pada separuh akhir bakal menentang pendatang baharu dalam final iaitu Jepun yang menewaskan China 3-0 pada peringkat sama kelmarin.

Barisan kemungkinan Malaysia ialah pemain perseorangan pertama Datuk Lee Chong Wei, diikuti beregu pertama Tan Boon Heong-Hoo Thien How, perseorangan kedua Chong Wei Feng, beregu Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan perseorangan terakhir Liew Daren.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

One Response to Final Piala Thomas 2014 Live di TV1, Astro Arena

  1. the bast

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>