Keputusan Separuh Akhir Badminton Dunia BWF 2014

Lee Chong Wei vs Victor Axelsen world badminton dunia bwf 2014

Datuk Lee Chong Wei semakin hampir dengan impiannya memburu gelaran juara pada Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 selepas mengesahkan slot ke final.

Tampil dengan aksi agresif di Arena Ballerup Super di Copenhagen, Denmark, Chong Wei mudah mencatatkan kemenangan straight set ke atas pemain tuan rumah, Viktor Axelsen 21-9, 21-7 dalam tempoh 33 minit.

Andai menang pada aksi final hari ini, ia akan menjadi hadiah terbaik Chong Wei kepada seluruh rakyat Malaysia yang akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-57.

“Sehingga kini setiap perlawanan berjalan dengan baik. Jadi saya boleh berehat sekarang dan bersedia untuk perlawanan esok (hari ini).

“Rakyat Malaysia turut menyaksikan perlawanan itu dan sudah pasti tekanan yang lebih berat di bahu saya nanti tetapi saya tidak akan memikirkan tentangnya kerana saya mahu membawa pulang hadiah yang besar untuk negara saya,” kata Chong Wei.

Sementara itu, jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock berharap Chong Wei akan terus memberikan tumpuan, sekali gus mengejar impiannya untuk bergelar juara dunia buat kali pertama.

“Ini kali ketiga berturut-turut Chong Wei mara ke final selepas edisi 2011 dan 2013. Pada 2012 tidak ada kerana ketika itu dia beraksi pada Sukan Olimpik, jadi sudah dua kali dia gagal.

Keputusan Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 – Copenhagen, Denmark

Separuh Akhir Persorangan Lelaki

  • Lee Chong Wei (MALAYSIA) 21-9, 21-7 Victor Axelsen (Denmark)
  • Chen Long (China) 21-16, 22-20 Tommy Sugiarto (Indonesia)
Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>