Pelumba basikal, Rafizi Hamdan maut dilanggar kereta

Rafizi Hamdan dilanggar

Rafizi Hamdan dilanggar Kereta Proton Saga WCK 2290

KUALA LUMPUR 18 Mac – Seorang ahli Kelab Basikal LeTua, maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang berbasikal di Jalan Lingkaran Tengah II, dekat susur Taman Melawati di sini pagi ini.

Mangsa, Rafizi Hamdan, 37, yang juga rakan penaja kelab basikal yang pernah menyertai Le Tour de Langkawi sebelum ini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

LIHAT VIDEO RAFIZI DILANGGAR LARI

Menurut rakan mangsa yang juga ahli kelab tersebut, Sazali Sulaiman, 45, ketika kemalangan pada pukul 7.50 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai pegawai bank dalam perjalanan ke Batu 12, Gombak untuk bersama mereka.

“Ketika melalui lokasi kemalangan, sebuah kereta dipercayai jenis Proton Saga yang dipandu laju telah merempuh mangsa yang sedang mengayuh basikal.

“Rafizi yang telah berumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata mengalami kecederaan teruk di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika di temui Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN

Rafizi Hamdan Rafizi Hamdan

Pelumba basikal, Rafizi Hamdan, maut dilanggar

KUALA LUMPUR: Pelumba Kelab Basikal Le Tua, Rafizi Hamdan, 37, maut dalam satu kejadian langgar lari di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di kilometer 20.2, Taman Melawati, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, mangsa, dari Bukit Kepayang, Negeri Sembilan, dirempuh dari belakang oleh sebuah Proton Saga yang dipercayai dipandu laju.

Pemandu kenderaan itu melarikan diri tanpa menyedari nombor pendaftarannya tertanggal berhampiran mayat mangsa.

Rafizi yang dikatakan dalam perjalanan mengayuh basikal untuk bertemu ahli kelab yang lain di Hospital Orang Asli, Batu 12, Gombak, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di kepala.

Mangsa meninggalkan seorang isteri dan dua anak. Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan sebagai kejadian langgar lari namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan pemandu kereta berkenaan.

“Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan mendapati pemandu kereta gagal mengawal keretanya lalu merempuh basikal mangsa hingga mengakibatkan mangsa tercampak,” katanya.
Katanya, usaha mengesan pemandu terbabit giat dijalankan dan pihaknya yakin mangsa dapat diberkas dalam masa terdekat berdasarkan nombor pendaftaran yang ditemui.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan atas kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan hingga menyebabkan kematian. — Berita Harian

Le Tour de Langkawi cyclist dies in hit-and-run accident

KUALA LUMPUR: A cyclist, who had taken part in previous Le Tour de Langkawi races, was killed in a hit-and-run accident on the Middle Ring Road 2 near Taman Melawati Sunday.

Rafizi Hamdan, 37, died on the spot after being hit by a Proton Saga car at about 7.50am. A car number plate, WCK 2290, was found near Rafizi.

According to fellow cyclist Sazali Sulaiman, 45, Rafizi was on his way to Batu 12, Gombak, to meet a group of cyclists for an outing.

“He succumbed to severe head injuries,” Sazali said adding that a car number plate was found near Rafizi, a father of two.

Ampang Jaya OCPD ACP Amiruddin Jamaluddin said initial investigations showed that the cyclist was hit from the back.

“We have classified the case as reckless driving,” he said adding that anyone with information can contact the nearest police station. — The Star

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

One Response to Pelumba basikal, Rafizi Hamdan maut dilanggar kereta

  1. Pingback: » Video Rafizi Hamdan maut dilanggar kereta | Sokernet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>