Sukan SEA: Malaysia, Indonesia berentap di Final

Posted by on Nov 20, 2011 | 10 Comments

MISI mempertahankan pingat emas Sukan Sea Indonesia skuad bola sepak bawah 23 tahun negara terus membara apabila berjaya melangkah ke final selepas Ahmad Fakri Saarani menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Myanmar pada aksi separuh akhir malam tadi. Kejayaan itu memastikan Malaysia, juara lima kali bakal tampil di final ke-11 sejak temasya Sukan SEA bermula pada 1959. Skuad negara beraksi di Stadium Gelora Bung Karno... 

Gol Fakri Saarani bawa Malaysia ke Final

Posted by on Nov 19, 2011 | 8 Comments

Keputusan Sukan SEA 2011 (Separuh Akhir): Malaysia 1-0 Myanmar GOL tunggal Ahmad Fakri Saarani lima minit sebelum berakhir permainan telah membawa skuad kendalian Ong Kim Swee mara ke perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea ke-26 selepas berjaya membenam Myanmar 1-0 petang tadi di Stadium Gelora Bung Karno. Fakri yang sering dikritik para peminat membuktikan keupayaannya selepas bijak menghidu peluang di dalam... 

Malaysia tewaskan Myanmar 1-0 untuk ke final

Posted by on Nov 19, 2011 | Leave a Comment

Separuh Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011 Malaysia 1 Myanmar 0 SKUAD bawah 23 tahun Malaysia mara ke perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 selepas menundukkan Myanmar 1-0, di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta sebentar tadi. Ahmad Fakri Saarani menyelamatkan maruah Harimau Malaya selepas menolak masuk gol kemenangan ke gawang Myanmar pada minit ke-85. Malaysia dan Myanmar mempamerkan corak permainan berhati-hati... 

Video: Malaysia vs Myanmar [Sukan SEA 2011]

Posted by on Nov 19, 2011 | 15 Comments

Info Siaran Langsung Separuh Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011 Malaysia vs Myanmar 19 November 2011 (Sabtu) 5.00 petang, LIVE TV1, TV3 & LIVE Astro Arena Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Carta Kumpulan Bola Sepak Sukan SEA 2011 Jadual Penuh Bola Sepak Sukan SEA 2011 Bola Sepak Sukan SEA 2011 Video: Malaysia 1-0 Myanmar | Gol Fakri Saarani Video: Malaysia vs Myanmar | Highlight  Read More →

Malaysia vs Myanmar [Sukan SEA 2011] Live TV1, TV3, Astro Arena

Posted by on Nov 19, 2011 | 9 Comments

Separuh Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011: Malaysia vs Myanmar JURULATIH, Ong Kim Swee sah tidak akan berada di bangku simpanan pemain ketika skuad bola sepak bawah 23 (B-23) tahun negara membuat perhitungan dengan Myanmar pada aksi separuh akhir Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno petang ini. Ia gara-gara penggantungan satu perlawanan yang dikenakan ke atas Kim Swee selepas beliau diarah keluar padang ketika barisan... 

Gol Azwari lenyapkan ejekan Garuda

Posted by on Nov 18, 2011 | 14 Comments

100,000 penyokong Indonesia dipalit kecewa PEMAIN gantian, Syahrul Azwari Ibrahim bukan saja membawa skuad bola sepak negara ke separuh akhir selaku Juara Kumpulan A tetapi membalas layanan buruk penyokong Indonesia di Jakarta dan Palembang terhadap kontinjen Malaysia sepanjang temasya Sukan SEA ke-26 dengan menutup keangkuhan skuad tuan rumah hasil gol kemenangan di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi. Ejekan penyokong... 

Malaysia tewaskan Indonesia 1-0

Posted by on Nov 17, 2011 | 37 Comments

Bola Sepak Sukan SEA 2011: Malaysia 1 Indonesia 0 MALAYSIA menewaskan Indonesia 1-0 untuk menjuarai Kumpulan A acara bola sepak Sukan SEA 2011 di Stadium Gelora Bung Karno sebentar tadi. Syahrul Azwari muncul wira Malaysia apabila menjaringkan gol kemenangan Malaysia pada minit ke-18. Kemenangan ke atas Indonesia memastikan Malaysia mara ke separuh akhir dan akan bertemu naib juara kumpulan B, Myanmar. Indonesia pula... 

Video: Indonesia vs Malaysia [Sukan SEA 2011]

Posted by on Nov 17, 2011 | 8 Comments

Video Indonesia vs Malaysia Bola Sepak Sukan SEA 2011 17 November 2011 (Khamis) 8.00 malam, LIVE TV1, TV3 & Astro Arena Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Carta Kumpulan Bola Sepak Sukan SEA 2011 Jadual Penuh Bola Sepak Sukan SEA 2011 Bola Sepak Sukan SEA 2011 Video: Malaysia 1-0 Indonesia | Gol Syahrul Azwari Video: Malaysia vs Indonesia | 1st Half Highlight Video: Malaysia vs Indonesia | 2nd Half Highlight  Read More →

Malaysia vs Indonesia [Sukan SEA 2011] Live TV2, TV3, Astro Arena

Posted by on Nov 17, 2011 | 1 Comment

Ong Kim Swee tidak mengendahkan apa jua percaturan Indonesia yang dikatakan akan menurunkan skuad keduanya pada aksi penutup saingan bola sepak Kumpulan A malam ini. Menurut jurulatih skuad Harimau Muda itu, beliau tidak kisah sama ada skuad No. 1 atau No. 2 Indonesia yang bakal ditentang hari ini kerana meraih mata menjadi keutamaannya. “Saya tidak memikirkan persediaan Indonesia, juga siapa yang akan mereka turunkan... 

Jangan bagi ruang terima kad merah

Posted by on Nov 17, 2011 | 7 Comments

SKUAD negara perlu berhati-hati daripada dilayangkan kad merah dalam perlawanan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam ini. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penerimaan kad merah hanya akan mendatangkan kesukaran kepada negara untuk ke saingan akhir nanti. Sukan SEA 2011: MALAYSIA vs Indonesia 17 Nov, 8.00 mlm, LIVE TV2 TV3 Astro Arena “Saya khuatir melihat... 
Page 10 of 30« First...89101112...2030...Last »