Chelsea atasi Arsenal 2-0

Posted by on Oct 04, 2010 | Leave a Comment

JUARA bertahan Liga Perdana Inggeris, Chelsea semakin selesa berada di tangga teratas apabila mencatat kemenangan berharga 2-0 ke atas Arsenal dalam saingan di Stamford Bridge, malam tadi. Tiga mata yang diraih meletakkan barisan Carlo Ancelotti megah di persada liga dengan 18 mata, tetapi berdepan cabaran baru daripada pesaing terdekat Manchester City yang turut merakam kemenangan, selepas pencabar lalu Manchester United... 

Sunderland ikat Manchester United 0-0

Posted by on Oct 03, 2010 | 1 Comment

HAJAT Manchester United untuk menyamakan kedudukan mata dengan Chelsea tidak kesampaian apabila diikat dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Sunderland dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium of Light sebentar tadi. Malahan United nyaris menerima kekalahan di tangan skuad bimbingan Steve Bruce jika tidak kerana kecekapan penjaga gol veteran, Edwin van Der Sar menyelamatkan percubaan Steed Malbranque pada minit... 

Manchester United sekadar seri dengan Bolton

Posted by on Sep 26, 2010 | Leave a Comment

MANCHESTER United gagal mengambil kesempatan daripada kekalahan Chelsea apabila diikat dengan keputusan seri 2-2 ketika menentang Bolton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Reebok, malam ini. Bolton mendahului United dua kali dalam perlawanan itu dan nyaris memungut tiga mata penuh, namun jaringan penyamaan Michael Owen menghampakan tuan rumah untuk mencipta kejutan ke atas Red Devils. Bolton berjaya mendahului... 

Tevez musnah rekod tanpa kalah Chelsea

Posted by on Sep 25, 2010 | 4 Comments

MANCHESTER City mencalarkan rekod tanpa kalah Chelsea dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris apabila berjaya memungut tiga mata di hadapan penyokong sendiri menerusi kemenangan tipis 1-0 ke atas juara bertahan itu. Carlos Tevez muncul wira City apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-59 memastikan kemenangan berharga buat pasukannya. Penyerang Argentina itu menerima hantaran dari kawasan sendiri... 

Manchester City lebur rekod tanpa kalah Chelsea

Posted by on Sep 25, 2010 | Leave a Comment

Manchester City 1-0 Chelsea JARINGAN tunggal Carlos Tevez memastikan rekod tanpa kalah Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris lebur di tangan Manchester City di Eastlands sebentar tadi. Sebelum perlawanan bermula, Chelsea tampil dengan reputasi tinggi apabila mencipta lima kemenangan berturut-turut serta merekodkan 21 gol dan hanya bolos satu gol sahaja. Beberapa pasukan kerdil seperti West Bromwich Albion, Wigan Athletic,... 

Piala Carling: Arsenal singkir Tottenham

Posted by on Sep 22, 2010 | Leave a Comment

ARSENAL melepasi halangan pusingan ketiga Piala Liga England (Piala Carling) dengan menewaskan Tottenham 4-1 di White Hart Lane awal pagi tadi. Bagaimanapun Arsenal dipaksa bekerja keras sebelum berjaya menewaskan Tottenham, apabila diikat 1-1 pada masa perlawanan sebenar dan hanya mengesahkan kemaraan ke pusingan keempat selepas menjaringkan tiga gol pada masa tambahan 30 minit. Kedua-dua pasukan menurunkan sebahagian... 

Pemain Liverpool kritik taktik Hodgson

Posted by on Sep 22, 2010 | Leave a Comment

DANIEL Agger secara terbuka mengkritik corak permainan yang diterapkan oleh pengurus baru Liverpool, Roy Hodgson. Menurut tonggak pertahanan The Reds itu, dia lebih gemar melakukan hantaran bola secara pendek, sebaliknya Hodgson mahu para pemainnya sentiasa menghantar bola dari jauh. “Hodgson mempunyai prinsip yang mana pemain-pemain perlu melakukan hantaran bola jauh ketika menyerang dan menukar corak tersebut... 

Chelsea semakin kukuh

Posted by on Sep 20, 2010 | 1 Comment

Anak buah Ancelotti belasah Blackpool 4-0 di Stamford Bridge CHELSEA mengekalkan rekod kemenangan besar pada kempen Liga Perdana Inggeris musim ini. Pada aksi awal pagi tadi, skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu membelasah Blackpool 4-0 untuk memenangi kesemua lima perlawanan pertama dengan 21 jaringan dan hanya bolos satu gol. [CARTA TERKINI EPL] Kesemua gol skuad The Blues diperoleh pada babak pertama menerusi Florent... 

Jaringan hatrik Berbatov lemparkan kritikan

Posted by on Sep 19, 2010 | Leave a Comment

DIMITAR Berbatov menjawab segala kritikan yang dilemparkan terhadapnya apabila mencipta hatrik untuk membantu Manchester United membenam Liverpool 3-2 dalam aksi di Old Trafford malam ini. Selepas prestasi hambar minggu lalu, Red Devils bermula garang dan memaksa Pepe Reina sibuk memastikan kubunya terus terselamat. Berbatov menjaringkan gol pertamanya dua minit sebelum separuh masa pertama berakhir dan menambah satu... 

Liverpool 1-0 West Bromwich

Posted by on Aug 30, 2010 | Leave a Comment

FERNANDO Torres akhirnya berjaya menjaringkan gol untuk membantu pasukannya, Liverpool meraih kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini dengan menewaskan West Brom 1-0. Pasukan ‘The Reds’ itu memulakan perlawanan dengan beberapa percubaan bahaya. Selepas beberapa minit sahaja wisel permulaan dibunyikan, gandingan gerakkan yang dilakukan oleh Torres dan Steven Gerrard hampir membuahkan hasil. Percubaan... 
Page 26 of 31« First...1020...2425262728...Last »