
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap peminat bola sepak tempatan datang beramai-ramai menyaksikan final Piala Malaysia, Sabtu ini walaupun harga tiket dinaikkan kepada RM50.
Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah bertitah, isu harga tiket tidak harus diperbesarkan kerana semua pihak termasuk kedua-dua pasukan yang beraksi pada perlawanan akhir itu bersetuju dengan kenaikan harga itu.
Kutipan tiket bukan 100 peratus milik FAM sebaliknya akan diagihkan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan dan Terengganu yang beraksi pada perlawanan akhir itu selain pelbagai perbelanjaan lain.
Duit itu juga akan diagihkan kepada semua pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) menerusi geran tahunan selain aktiviti pembangunan di semua peringkat.
“Saya harap semua pihak memahami situasi itu yang dianggap normal, malah kenaikan harga tiket kali ini tidaklah terlalu membebankan kerana ia hanya membabitkan perlawanan akhir Piala Malaysia saja.
“Ini bukan perkara baru untuk diperbesarkan hingga mendapat liputan meluas media, saya berpendapat mereka yang suka bola sepak tempatan dan ingin melihat mutunya terus meningkat pasti tak terjejas memberi sokongan,” katanya. – Harian Metro
Related posts
- Final: Petugas media kecewa kemudahan di Stadium Shah Alam
- Status Import: Terengganu kesal tuduhan tak berasas
- Jadual Suku Akhir Piala Malaysia 2011
- Video Gol Hadi Yahya [Kitchee SC vs Terengganu] Piala AFC 2012
- Terengganu terjejas tanpa tiga tonggak
- Juara Piala FA 2011 bakal simpan trofi
- Video: Johor FC 2-1 Terengganu
- Kelantan kembali rampas takhta Liga Super
- Doe sandaran Terengganu gempur Kitchee FC
- N.Sembilan, Kedah, Johor FC mara separuh akhir


Mutunya meningkat?
Sejak bila ia meningkat sejak naik ke tangga 151 FIFA ke tuanku?
kalau nak mutunya meningkat,bubar kan FAM.dari presiden sampai ke bawah.jangan asyik pandai cakap je,tengok la sekeliling.bukan semua orang berada nak beli tiket mahal.puak2 mung boleh la dapat tiket free,vip plak tu.bila tegur sikit,kena denda.jangan sampai penyokong benci bola sepak malaysia nanti.
kami rakyat marhaen bukan jenis yg makan tanggung berak cangkung…RM50.00 memang membebankan apatah lagi lokasi yg. nun jauh di shah alam…ada otak pikiaq la sket rakyat marhaen ni!