KELANTAN tidak rela kempunan lagi dalam usaha menjulang kejuaraan Piala Malaysia buat kali pertama, setelah melepaskan peluang terbaik untuk melakukannya musim lalu.
Justeru itu, jurulatih Kelantan, B Sathianathan melakukan perancangan rapi termasuk mengadakan sesi latihan insentif kepada pemain di sepanjang bulan puasa.
”Sesi latihan akan berjalan sebaik sahaja mereka selesai melakukan solat terawih pada pukul 11 malam dan pemain akan mula melaporkan diri ke latihan pusat pada 20 Ogos ini.
”Tidak ada gunanya saya memaksa mereka menjalani latihan pada sebelah petang, kerana pemain keletihan berpuasa.
”Jadi, saya mengambil keputusan mengubah jadual dengan berlatih di sebelah malam, iaitu beberapa jam selepas mereka berbuka puasa, ” katanya.
Sebahagian besar pemain Kelantan sedang menunaikan umrah bermula 7 Ogos lalu atas pembiayaan kerajaan negeri, selepas pasukan itu layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia, musim lalu.
Dalam undian Piala Malaysia musim ini, Kelantan diundi bersama Negeri Sembilan, KL Plus dan PKNS dalam Kumpulan A.
Skuad Red Warriors berdepan Negeri Sembilan di laman sendiri pada perlawanan pertama 14 September ini.
Sathia menambah, dia memberikan kerja rumah kepada pemain, walaupun mereka tidak menjalani latihan sehingga 18 Ogos ini.
”Saya mahu mereka menjaga tahap kecergasan sekurang-kurangnya 50 peratus sebelum kembali berlatih, ” katanya.
Mengenai saingan dalam Kumpulan A, Sathia mahu memulakan langkah kanan pada perlawanan pertama, dengan menewaskan skuad Wan Jamak.
Related posts
- Red Warriors kekal terajui Liga Super
- Lawatan ke Eropah jika Terengganu juara Piala FA, Liga Super
- Baling mercun: Kelantan didenda RM10,000
- Pertembungan dua 'Red' dijangka sengit
- Video Kedah 0-3 Kelantan [Liga Super 2012]
- Video: T-Team vs Kelantan Piala FA 2011
- Kelantan Juara Liga Super 2011
- M Karathu kembali warnai Liga Malaysia
- Final Piala FA: Kelantan isytihar cuti umum
- Aksi sengit Selangor, Kelantan


[...] Puasa tak halang latihan skuad Kelantan [...]