Polis berkas dua individu jual tiket palsu Piala Malaysia

tiket palsu piala malaysia 2013

Polis memberkas dua individu yang didapati menjual tiket palsu perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Sarawak dan Pahang pada Sabtu lepas.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak Supritenden Mohd Firdaus Abdullah, tangkapan itu dibuat pada sebelah petang sebelum perlawanan di kawasan Stadium Negeri.

“Dua lelaki diberkas pada sebelah petang hari sama (perlawanan) kerana cuba menjual tiket palsu pada harga RM40,” katanya ketika dihubungi pemberita, semalam.

Kedua-dua suspek itu yang masing-masing berumur 49 tahun dan 35 tahun, berasal dari Petra Jaya.

Firdaus memberitahu, kedua-dua suspek itu ditahan reman selama empat hari untuk mengetahui jika ia melibatkan sindiket.

Menurutnya, kedua-dua tiket mempunyai nombor siri sama yang dihasilkan melalui imbasan.

Kedua-duanya sedang disiasat kerana menipu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak lebih 10 tahun, dengan sebat dan boleh dikenakan denda.

“Kami mahu tahu jika ada sindiket yang terlibat,” katanya.

– The Borneo Post

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

One Response to Polis berkas dua individu jual tiket palsu Piala Malaysia

  1. HAPUSKN PENJENAYAH ULAT TIKET

    gejala ulat tiket perlu dihapus dan diganyang sehingga lenyap dr muka bumi malaysia. bkn shj si ulat wajib ditangkap, tp pembelinya jg. jika jenayah ini dibiarkn, peminat2 akn “fedup” dan memboikot stadium. dan tak mustahil liga M akn menuju zaman kegelapannya semula!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>