
Siaran Langsung
‘LIVE’ Piala Malaysia 2011
Astro Arena 801
Negeri Sembilan vs Terengganu
Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi
8.45 malam
DUA kemenangan berturut-turut memberi kelebihan kepada Terengganu untuk mengintai peluang lebih awal melangkah ke pusingan suku akhir kempen Piala Malaysia musim ini.
Kelmarin, skuad kendalian Irfan Bakti itu mengutip tiga lagi mata berharga untuk berkongsi sebagai pendahulu Kumpulan B selepas menewaskan pasukan kelab, Selangor PKNS 3-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Bagaimanapun, Irfan sekali lagi menegur barisan pertahanan pasukannya yang dianggap sedikit longgar sehingga memberi ruang kepada lawan menjaringkan gol.
Sementara itu, reputasi Terengganu selaku juara Piala FA dan naib juara Liga Super musim ini tidak menghadirkan tekanan buat pemain Negeri Sembilan ketika melayani kunjungan skuad Pantai Timur itu pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini.
“Kita akui Terengganu turun dengan reputasi besar namun ia tidak bermakna pemain harus rendah diri sebelum berjuang. Saya sudah ingatkan mereka supaya tidak terlalu menghormati lawan kerana sikap itu mungkin menjejaskan persembahan sebaliknya perlu terus fokus demi menjamin kemenangan,” kata ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah.
Menurut Azraai, persembahan cemerlang seperti dipamer ketika membenam Sime Darby, 5-0, Selasa lalu perlu dikekalkan bagaimanapun mereka perlu lebih berhati-hati bagi memastikan tidak mudah terperangkap dengan taktik lawan,” katanya.
Related posts
- Video Piala Malaysia 2011 [ALL]
- Kelantan rampas kembali teraju Liga Super
- Video Terengganu 1-1 PKNS FC [Liga Super 2012]
- Siaran Ulangan Song Lam Nghe An vs Terengganu [Piala AFC 2012]
- Piala Malaysia 2011: Kumpulan B
- Kelantan, Terengganu congak aksi final
- Terengganu masih berharap
- Hairuddin Omar wira Final Piala Malaysia
- Video Kuala Lumpur 0-1 Terengganu [Liga Super 2012]
- Kedah catat kemenangan kedua


gomo ganu gomo…
hobin ganu sampai pangka gaung!!
negeri sembilan mng. 2-1
yezzzz. terbaek.. tahniah jang…
n.s menang tipis